Chapter 76

Assalamu'alaikum & Zello peepz!
Arie nie arie first final exam buat student degree dan yeah, aku salah seorang daripada student yang bakal menduduki final exam itu tetapi bukan pada hari ini. *ayat skema lagi baku*
1st paper aku jatuh pada 2 Jan, aduh, lambat giler, kan? Yea, perit aku menunggu. ahaks.






Sekarang nie, tinggal aku sorang je kat bilik since roommates aku, semuanya ader paper pagi nie. Huhuhu... Sedih.
Jadi, tinggallah aku seorang diri bersama-sama note Discrete Structure, secawan Milo dan cuaca hujan buat peneman dikala sunyi. puih!
Dah 2 arie aku mengadap Discrete Structure tapi aku hanya berupaya untuk memahami 10% dari apa yang aku study sebelum nie. Teruk, kan? haha. Aku rase cam tak penah masuk claz Discrete Structure jer. Haih.






Hopefully aku dapat pass paper Discrete Structure nie sebab aku nie seorang yang sangat membenci Math...
Ape nak buat, Math buat darah daging aku even Mama pandai Math, dialah guruku semasa aku kecik.
Selalu kene marah sebab malas nak buat homework Math, kekadang sampai Mama kene tolong watkan keje aku sebab aku dah tak nak wat or ader keje lain yang kene antar pada arie yang samer ngan Math. ahaks. Trimas, Mama.






Sekarang nie, aku berharap sangat yang paper aku cepat abis sebab aku tak sabar nak balik rumah. *aik?! Baru balik, dah rindu rumah?!*
Aku bagaikan sudah punya plan 'baik punya' sesampainya kakiku ini jejak di hometownku nanti. *ape punyer BM la aku nie. haih* ahaks.






Okie. Aku dah tak tau nak m'bebel pe nie.
Signing off first.
Adios.


p/s: Good Luck & All The Best buat semua sahabat-sahabatku yang akan, yang sedang menduduki final exam buat 1st time untuk Degree. Doaku akan sentiasa bersama-sama korg yang aku sayang.

Chapter 75

Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Petang semalam, aku dapat call dari anak saudara aku, inform kat aku yang cousin aku dalam keadaan nazak.
Aku terkejut biler dengar brite tu, then aku terus call Mama, family aku baru jer kluar rumah nak ke hospital sebab nak tengok dier tanpa aku sebab aku ingat dier stabil dah, since semalam Abah cakap dier dah ok.






Then, sampai jer hospital, kami semua kena panggil masuk wad untuk tengok dier.
Dalam setengah jam macam tu menunggu, akhirnya arwah selamat meninggalkan kami semua.
Kesedihan menyelubungi wad ICU.






Aku dah tak boleh menangis dah sebab tahun nie, dah 3 orang yang aku sayangi, pergi meninggalkan aku.
Sedih sampai tak mampu dah nak keluarkan air mata.
Aku hanya mampu doakan agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.






Aku rasa ralat sebab aku dah lamer dah tak jumper dier.
Last pun mase Raya Haji lps. Then tak jumper dah. huhu.






Ok. Aku nak siap, pagi nie arwah dikebumikan.
Adios.



p/s: Allah lebih sayangkan dia sebab itu Allah ambil dia dulu. Semoga roh Muhammad Tajhakimi dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan soleh. Amin. Kami rindu dekat dia. 

Chapter 74

Assalamu'alaikum & Zello peepz!
This should be a short post for now, sebab aku takde mood untuk berblog.
Sekarang nie waktu kritikal untuk seluruh family cousin aku, dan itu termasuk seluruh relatives aku.






Khamis lepas, masa aku tengah on phone dengan Mama aku, aku dapat tau yang adik cousin aku dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas.
Then lepas examine, doktor cakap paru-paru dier kene jangkitan kuman and sampai arie nie, kami semua tak tau ape sebenarnya penyakit dier.
Aish. Lembap betul nak dapat tau penyakit dier. Hilang sabar pun ye jugak.
Sekarang nie dier ditempatkan dalam wad ICU and dah 4 arie dier koma.
Aku pulak baru arie nie dapat tengok dier walaupun dah berapa arie aku gi hospital tu.






Sekarang nie aku berharap agar dier sedar dan cepat sembuh.
Semoga lepas nie dier semakin baik. Amin.



p/s: Tolong doakan untuk Muhammad Tajhakimi agar dier cepat sedar and sembuh. Amin. 

Chapter 73

Assalamu'alaikum & Zello peepz!
Update, update & update lagi aku.
Dalam kesibukkan *sibuk ker?!* aku menyiapkan report project yang macam hampeh, aku sempat lagi ber"blogging" sebab aku sudah blank lagi blur untuk meneruskan perjuangan dalam menyiapkan report yang WAJIB aku hantar esok sebab next week, study week bermula and yeah, macam biasa, trimas kepada lecture-lecture yang agak bertimbang rasa sebab tak buat claz untuk next week kerna aku lagi rindu sama family aku!






Sekarang nie aku just stay depan my beloved bf sambil thinking pe mende lagi aku nak masukkan dalam report kesayangan haku nie.
Aish. Nyaris sakit kepala aku yang kecik nie, hah... huhu. Aku sudah kekeringan idea untuk berfalsafah bagai kat dalam report nie sebab pagi tadi aku sudah keluarkan kesemua idea aku untuk test English. huhuhu.
So, akhirnya aku end up dengan usha-usha video wedding Maria Elena ngan Asfirdaus. Sweetnyer~ hehehe...
Ok. Luperkan pe yang aku wat untuk isi masa yang tak berapa nak lapang tadi. hahaha.






Lagi seminggu nak final and aku masih dalam mimpi-mimpiku, di mana aku still ber"Running Man", tengok Jdrama, etc.
Tu dia aih... aku memang carik pasal. hahaha.
Karang balik rumah, memang buku aku tolak tepi dulu. ahaks. So, aku WAJIB study sepanjang aku dekat sini. rofl. Adakah aku mampu? InsyaAllah.






Ok. Pendek tu je kot aku nak update.
Dah tak tau nak update mende, otak blank, rasa nak carik mende makan jer.
Hahaha... sejak dua menjak nie, aku asyik makan, makan, makan dan makan.
Even perut dah full, makanan tu dah macam music untuk aku.
Kene ader sebab kalau tak, aku start rasa tak best. ahaks.






Okie. Signing out first.
Adios.


p/s: Makanan ibarat sahabat baik tatkala tiada sesiapa berada sisimu buat peneman. ahaks. Since sahabat aku cakap aku badan aku tak naik, so yeah, aku boleh makan dengan happy ever after. rofl.