Chapter 61
Setiap manusia yang hidup akhirnya pasti akan bertemu dengan si Penciptanya.
Tidak kiralah samaada kaya atau miskin, muda atau tua, alim atau tidak...
Pada suatu hari, tidak kira tempat atau masa, pasti dia akan pergi jua walaupun kita tidak merelakan seseorang itu pergi.
Pabila seseorang itu telah dijemput untuk menghadap Ilahi, kita sebagai manusia yang masih hidup, perlu melepaskan dia pergi walaupun ianya perit untuk dilaksanakan.
Hanya doa sahaja yang mampu mengiringinya.
Kita yang hidup hanya mampu mendoakan yang terbaik buat si dia yang telah menghadap Ilahi.
Jadi sebagai seorang umat Allah yang hidup diatas muka bumi ini, kita seharusnya selalu ingat bahawa seruan Ilahi selalu bersama-sama kita tidak kira masa dan tempat.
Ianya sentiasa mengekori kita walau dimana sahaja kita berada.
Sentiasalah beringat kepada diri sendiri yang Allah sentiasa memerhatikan kita.
Walaupun kita mungkin selalu lupa kepada Allah tetapi Allah tidak pernah sesekali melupakan kita.
Kerana rasa sayang kepada kitalah, Allah sentiasa berada bersama kita dan mungkin dia akan menjemput kita pada waktu-waktu yang kita tidak jangka yang Allah akan menjemput kita.
Jadi peringatan buat diri ini, sebagai seorang hamba Allah yang kecil lagi hina dan juga yang sering melupakan Allah pabila tidak berada dalam kesusahan, beringatlah yang Allah sentiasa ada bersama kita dan janganlah kita lupa kepada Dia yang telah mencipta kita sebaik-baik kejadian.
Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan oleh-Nya.
Sesungguhnya Allah boleh menarik sesuatu yang diberi oleh-Nya dengan sekelip mata sahaja.
Bulan Jun lalu, aku baru sahaja kehilangan seorang abang saudara kerana kanser.
Dan baru sebentar tadi, Abah baru sahaja memberitahuku yang mereka dalam perjalanan ke tempatku untuk mengambilku dan terus ke kampung halaman kerana Atuk kesayanganku baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Aku tak pasti pukul berapa tetapi yang pasti aku telah kehilangan seorang lagi insan yang aku sayangi pada tahun ini.
Aku buntu sekarang, aku tak tau apa yang perlu aku lakukan sekarang.
Aku hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga keluargaku datang untuk mengambilku.
Harap segalanya berjalan lancar. Amin.

Al-Fatihah kepada atuk yang aku sayangi, Mohd Diah yang telah kembali ke rahmatullah
Semoga roh atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman
Amin