Chapter 66



Assalamualaikum & Zello peepz!
Aku malaslah nak start post kali ni dengan mukadimah panjang berjela yang selalu aku wat sebelum ni, sebab aku sekarang dalam condition yang sangat tidak seronok.
Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri masih tercari-cari jawapan bagi condition yang aku rasa sekarang.
Dah 2 hari aku rasa tak best plus menyampah dengan hidup aku ni. Haih. Kenapa ek? So sudden aku rasa macam ni.
Rindu hometown sangat ker? Agaklah sebab dah sebulan lebih aku tak balik rumah, then keadaan uni aku yang terletak tersangatlah jauh dari bandar membuatkan aku lebih terasa kebosanannya. Dah 2 minggu aku terperuk dekat sini. Serius mati woo.






Hari ni aku decide tak nak keluar even untuk makan pun. Tersangatlah malas nak siap-siap untuk turun cari benda makan.
Kalau boleh, aku nak call McDelivery, suruh hantar sampai depan pintu bilik aku *melampau sangatkan?*
Tapi itulah hakikat yang aku rasa sekarang - MALAS + MENYAMPAH.
Aku fikir juga sebabnyer tapi sampai sekarang aku tak tau. Haih. Benci, seriously benci giler biler aku rasa macam ni.
Spoilkan weekend aku jer.






Sekarang ni aku sorang jer kat bilik sebab roommates aku semua ader aktiviti dorang.
Aktiviti aku start lepas Raya Haji ni. Haih. Cepatlah. Aku tak sabar nak busykan diri aku ni.
Aku dah malas nak fikir pasal orang lain dah.
Letih nak jaga hati orang lain, letih nak sibuk pasal hal orang lain.
Padahal, diri sendiri pun tak terjaga, hati sendiri pun tak terjaga.
Aku rasa baik biar jer aku jadi macam dulu. Happy ever after with my fantasy life.






Ok. Aku rasa malas dah nak membebel.
Nak makan pulak.
Adios.