Chapter 118



Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Jam lagi sudah menunjukkan ke angka dua dan aku masih lagi berada dalam alam maya. Dua pagi dah wei, apa lagi kau menapak dekat alam maya ni?! Haih. Aku sendiri tak tau. rofl. Bangang. Mengong. Itulah dia. ahaks. Macam tiada hari esok pulakkan?! Chill la. Memang aku digelar owl kot dikalangan family aku. Tidur lambat but aku boleh bangun awal what. Ingat aku bangun lambat ker? Oh cun sikit ok. ahaks. Orait. End of merepek. La la la.





Story apa aku nak update erk? Hurmm. Oh yea, result final exam untuk semester 2 aku. Jangan tanya. Kenapa? Sebab masih belum keluar. Haih. Bila nak keluar, aku sendiri malas nak ambil tau. Kalau boleh tak payah keluar la sebab aku tak nak tau. rofl. Tapi result kena keluar jugak kan? Penat je dah ambil exam tapi result takde. Huhu.





Anything else? Haih. Empty mind so sudden. Aku nak cerita pasal isu terkini tapi bukanlah aku ini layak untuk punya entry sebegitu rupa sebab isu terkini pun aku malas ambil tahu. Hahaha. Latest isu pun mungkin pasal orang ramai berebut-rebut untuk dapatkan toy Minions dari McDonalds. Haaa... itu pun kebetulan je sebab aku dengar news dekat radio. Isu dunia. Hurm... mungkin yang latest aku dengan pasal Kes Penggulingan Presiden Mesir Muhammad Mursi. Itu pun aku tak berapa nak faham tapi yang aku tahu benda tu memang tak elok la.





Haih. Duduk termenung depan laptop nie pun tak guna jugak. Aku dengar lagu je sambil taip entry ni sebab aku sorang je yang masih segar. rofl. Bosan erk entry nie?! Agak la sebab aku sendiri terasa kebosanan yang teramat. Maaf la. Aku bukan seorang yang bagus dalam bidang penulisan.





Ok. Aku agak aku patut berhenti sekarang. Karang aku sendiri meninggal tengok aku taip benda-benda merepek dekat blog nie.
Dan yea, InsyaAllah aku bakal menyemakkan diri aku dekat Twitter. ahaks. Timbul rasa rindu untuk tweet kembali. Hekhek!
Okie. Check out now.
Ciao.


p/s: Mase aku start taip, jam baru pukul 2. Sekian ;p

Chapter 117



Assalamu'alaikum & Zello peepz.
What a lovely day, rite? *tetibe* ahaks. Sorry sorry. Aku. Aku. Aku sebenarnya tak reti nak buat mukadimah untuk post. rofl. Siriusly. Kalau baca yang sebelum punya post pun, aku terasa macam hampeh jer mukadimah aku. Hurmm... poyo pun ye jugak. ahaks. Overall, aku sememangnya FAILED dalam mereka cipta mukadimah. rofl. Or am I totally sucks in creating an intro? a story?





Orait. Aku sebenarnya agak bengang dengan penduduk-penduduk di kawasan kejiranan aku nie. Tapi bukan semua la, ada la sorang pak cik nie, haih, should I mention as a couple? Tak muda sangat, so pengunaan 'couple' sangat tak sesuai buat mereka ini. Ok. Senang cakap pak cik dengan mak cik la, yang duduk dekat kawasan perumahan aku nie, or lebih specific, depan rumah aku sendiri. Haaaa. Cun dah ayat nie *sambil tunjuk-tunjuk*.






Apa aku tak puas hati? Haaa... banyak, kalau ikutkan banyak la tapi yang paling buat aku berangin semalam adalah kerna ini pak cik sudah mencampakkan batu ke kawasan rumah aku. Dan batu yang dicampakkan itu seakan-akan ditujukan kepada kucing-kucing aku yang sedang bersantai di luar kawasan pagar.





Haih. Ini mangkuk sudah kurang ajar. Kau dah kenapa kan nak campak-campak batu dekat rumah aku, kau takde rumah ker? Pftt!





Sebelum nie memang ada serpihan pasu, batu bagai depan rumah aku, tiap-tiap hari kot. Abah jumpa, kutip, then buang. No suspect. Then semalam, Allah itu Maha Berkuasa. Itu pak cik sudah terkantoi lor. Adik aku keluar then tengok sapa campak batu, then on the spot, itu pak cik tengah busy melabuhkan bontot beliau dekat atas kerusi. Haaa... bukan nak menuduh tapi waktu tu dalam pukul 6 pagi dan kawasan itu tidaklah terlalu busy dengan bunyi kereta or motor, jarang pun. Then no suspect, sape lagi, hah? Sila mengaku, wahai pak cik.





Aku memang dari dulu tak berapa nak gemar dengan pak cik nie. Perangai mengalahkan budak-budak. Perghhh! Dulu anak kawin tak jemput, 1 hal *padahal aku tak hadap nak gi pun*. Ada ke patut cacak papan tanda depan rumah aku, habaq mai yang khemah nak kena pasang pukul berapa. Perghhh! Itu kurang education namanya. Bukan la nak ada alternatif nak jumpa Abah face-to-face bagi tau yang khemah nak pasang pukul berapa.





Ini salah satu yang boleh aku gelar manusia yang menerajui kumpulan untuk memecahbelahkan *betul ker aku eja?!* kaum. Tak sebulu dengan orang sekitar. Apa masalah kau sebenarnya, huh? Ingat bagus sangat ke perangai macam tu? Haih. Tak faham aku. Kalau dengan sesama kaum boleh buat taik ini macam, apatah lagi dengan kaum lain. Itu lagi parah.





Hopefully, kalaulah itu pak cik boleh baca ini. Aku mohon ubah perangai. Masing-masing sudah besar, pandai fikir mana baik, mana buruk. Bukan budak-budak nak main baling-baling bagai. Agaknya, budak-budak sekarang pun tahu yang benda-benda macam tu sekadar buat orang naik angin. Bukan elok pun.





Check out now.
Ciao.


p/s: The haze is back! Please do take care of yourself, everyone :) Haze won't go away for awhile now. ahaks.

Chapter 116

Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
ahaks. Buat waktu sekarang dan ketika ini, aku lagi sedang berinteraksi dengan kucing aku yang diberi nama, Kuntum. Jangan ingat Kuntum ni kucing betina ok kerna sesungguhnya Kuntum seekor kucing jantan. Haaa, terkezut bukan?! Why Kuntum?! Jangan tanya sama aku, itu soalan, hanya Abah yang mampu berikan jawapan yang mantap lagi logik... mungkin. rofl.






Apa yang aku interaksi dengan si Kuntum ni pun aku sendiri tidak berapa nak faham. Kuntum menyahut, aku hanya 'hah' kan saja. Nampak tak interaksi antara kami disitu? La la la. Aku sememangnya suka dengan imaginasi aku sendiri dimana aku akan cuba untuk memahami percakapan pets aku. Bunyi macam hebat tetapi aku tak faham sepatah pun. Hekhek!





Ok. Lupakan pasal Kuntum. Bukan pasal Kuntum yang aku nak cakapkan hari ini. ahaks.






Tengah hari tadi, gara-gara aku terasa teramat bosan menapak dekat rumah untuk hampir seminggu...? Seriously, seminggu aku tak keluar, tak hang out luar dari kawasan rumah, aku terasa macam orang tak betul. Arghhh! Ok. Sambung balik, aku ikut Abah aku angkut Adik-adik aku gi cari software untuk dier punyer study. Ok. Unexpected. Bosan giler. Sejujurnya. Aku perlukan shopping complex macam Jusco untuk hang out. Arghhhh!!! 






Tadi aku terasa macam nak minum Chatime or CoolBlog. Oh my... bestnya dapat waktu berbuka nanti tapi itu semua. . . HARAPAN!





Sekarang aku hanya ingin keluar untuk melepaskan segala kebosanan plus stress yang aku rasa. Dan aku tidak sabar menantikan kereta Spectra Abah yang baru masuk workshop beberapa hari lepas untuk keluar dari workshop itu dan aku boleh drive untuk hilangkan kebosanan ini. Hekhek!





Jyeah. Itu saja buat masa sekarang. Out sebab perut aku berkeroncong sudah dan tak larat nak taip. Fufufu!
Ciao.

Chapter 115

Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Orait. Dua hari, dua hari aku tinggalkan blog kecilku ini tanpa berita *eleh baru 2 arie dah bising*. Oh well, like I said, ape aje yang aku nak update, huh? Nothing. Totally nothing. Pftt!






Dan yea, Alhamdulillah, semalam aku berjaya jugak habiskan novel yang tergendala beberapa bulan lepas but still have 1 more to go and I don't how many pages left. Damn. Memang bukan hobi aku nak baca balik dari mula dan bukan jugak hobi aku nak memahami balik plot cerita dari mula. So, semalam, even aku dah boleh agak suspek utama tapi character tambahan still buat aku terpinga-pinga bak budak kecik baru nak belajar mengeja dan terkeliru dengan huruf-huruf yang wujud. Tapi lantak la, janji aku faham plot dier dan tak terkeliru dengan keadaan semasa. rofl. Bodoh betul aku.






Hari nie, aku terasa macam nak layan movie, so aku tengok la movie KIL.






Nak aku buat sinopsis ker? Oh my, no thanks la. Aku malas. Malas nak buat sinopsis aku sendiri. But if y'all nak cari kelainan dalam jalan cerita dekat Malaysia nie, aku rasa KIL antara yang terbaik untuk tontonan. KIL, mengajar manusia untuk menghargai kehidupan, dari perspektif aku la. Pendek kata, manusia akan mula menghargai keadaan sekeliling kalau seseorang itu tahu yang maut bakal menjemput mereka. Itulah dari perspektif aku.






Lagipun aku suka tempat-tempat yang movie nie shoot. Different, nice and clean. Aku rasa macam nak pegi je sumer location yang masuk dalam movie tu especially tempat si Kil nie lepak. Such a beautiful scenery especially waktu malam.






Okie. Sampai sini je la. Lagipun lagi sejam lebih nak berbuka. So, sudah menjadi rutin harian aku untuk menyemak dekat kitchen Mama aku tu. ahaks.
So yea, check out.
Ciao.