Chapter 117



Assalamu'alaikum & Zello peepz.
What a lovely day, rite? *tetibe* ahaks. Sorry sorry. Aku. Aku. Aku sebenarnya tak reti nak buat mukadimah untuk post. rofl. Siriusly. Kalau baca yang sebelum punya post pun, aku terasa macam hampeh jer mukadimah aku. Hurmm... poyo pun ye jugak. ahaks. Overall, aku sememangnya FAILED dalam mereka cipta mukadimah. rofl. Or am I totally sucks in creating an intro? a story?





Orait. Aku sebenarnya agak bengang dengan penduduk-penduduk di kawasan kejiranan aku nie. Tapi bukan semua la, ada la sorang pak cik nie, haih, should I mention as a couple? Tak muda sangat, so pengunaan 'couple' sangat tak sesuai buat mereka ini. Ok. Senang cakap pak cik dengan mak cik la, yang duduk dekat kawasan perumahan aku nie, or lebih specific, depan rumah aku sendiri. Haaaa. Cun dah ayat nie *sambil tunjuk-tunjuk*.






Apa aku tak puas hati? Haaa... banyak, kalau ikutkan banyak la tapi yang paling buat aku berangin semalam adalah kerna ini pak cik sudah mencampakkan batu ke kawasan rumah aku. Dan batu yang dicampakkan itu seakan-akan ditujukan kepada kucing-kucing aku yang sedang bersantai di luar kawasan pagar.





Haih. Ini mangkuk sudah kurang ajar. Kau dah kenapa kan nak campak-campak batu dekat rumah aku, kau takde rumah ker? Pftt!





Sebelum nie memang ada serpihan pasu, batu bagai depan rumah aku, tiap-tiap hari kot. Abah jumpa, kutip, then buang. No suspect. Then semalam, Allah itu Maha Berkuasa. Itu pak cik sudah terkantoi lor. Adik aku keluar then tengok sapa campak batu, then on the spot, itu pak cik tengah busy melabuhkan bontot beliau dekat atas kerusi. Haaa... bukan nak menuduh tapi waktu tu dalam pukul 6 pagi dan kawasan itu tidaklah terlalu busy dengan bunyi kereta or motor, jarang pun. Then no suspect, sape lagi, hah? Sila mengaku, wahai pak cik.





Aku memang dari dulu tak berapa nak gemar dengan pak cik nie. Perangai mengalahkan budak-budak. Perghhh! Dulu anak kawin tak jemput, 1 hal *padahal aku tak hadap nak gi pun*. Ada ke patut cacak papan tanda depan rumah aku, habaq mai yang khemah nak kena pasang pukul berapa. Perghhh! Itu kurang education namanya. Bukan la nak ada alternatif nak jumpa Abah face-to-face bagi tau yang khemah nak pasang pukul berapa.





Ini salah satu yang boleh aku gelar manusia yang menerajui kumpulan untuk memecahbelahkan *betul ker aku eja?!* kaum. Tak sebulu dengan orang sekitar. Apa masalah kau sebenarnya, huh? Ingat bagus sangat ke perangai macam tu? Haih. Tak faham aku. Kalau dengan sesama kaum boleh buat taik ini macam, apatah lagi dengan kaum lain. Itu lagi parah.





Hopefully, kalaulah itu pak cik boleh baca ini. Aku mohon ubah perangai. Masing-masing sudah besar, pandai fikir mana baik, mana buruk. Bukan budak-budak nak main baling-baling bagai. Agaknya, budak-budak sekarang pun tahu yang benda-benda macam tu sekadar buat orang naik angin. Bukan elok pun.





Check out now.
Ciao.


p/s: The haze is back! Please do take care of yourself, everyone :) Haze won't go away for awhile now. ahaks.