Chapter 80

Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Hari yang cerah untuk aku disini kerna tak hujan. Alhamdulillah, tetapi kalau hujan, itu sudah dikira advantage sebab sejuk.
Ok. Posting yang mungkin agak skema lagi baku diiringi dengan kesedaran dalam diri yang agak tak mendalam. InsyaAllah.






Pagi tadi, dalam pukul 4am lebih sikit, aku baru nak tidur, kira macam "take a nap" sebab aku suruh roommate aku kejut waktu Subuh.
Sebelum lelap tu, aku macam tersedar something.
Something yang sudah lama aku sepatutnya sedar sebagai seorang manusia.
Bak kata lagu Aizat, Susun Silang Kata punya lagu.

"Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri"





Cuba korg fahami dari sudut yang mungkin boleh aku gelarkan sebagai sudut Islamik.
Kenapa Islamik?
Allah SWT telah susunkan segala-galanya untuk kita sebagai hamba-Nya yang hidup diatas muka Bumi ini.
Kita sebagai hamba-Nya tercari-cari akan keredhaan-Nya dalam hidup kita sendiri secara langsung atau tidak langsung.
Allah SWT bukan umpama susun, tetapi Allah SWT sememangnya telah susun perjalanan hidup kita nie sejak kita dalam perut Ibu kita lagi.
Cuma kita, sebagai khalifah, hanya perlu mengikut jalan yang betul dalam mencari keredhaan-Nya dan semoga jalan yang kita pilih sememangnya jalan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.






Sebenarnya benda yang Allah SWT sediakan tu, dah ader kat depan kita, pokok pangkalnya sekarang, bergantung pada individu tersebut untuk menghargai, capai atau buat apa sajelah untuk mendapatkan benda tu.
Kalau tiada cinta terhadap Allah SWT, masakan kita boleh bergantung kepada-Nya, betul tak?






Segala-galanya dalam dunia ini, semuanya bergantung kepada Allah SWT.
Termasuklah sekiranya kita rasa macam tiada sesiapa untuk mengadu masalah atau perasaan.
Hah... tengok, mungkin semua orang akan mencari seseorang untuk menjadi tempat mengadu atau lebih senang digelar sebagai "pendengar setia" untuk menjadi pendengar masalah korg.
Betul tak? Admit jer la sebab aku pun sama.






Ok. Pagi tadilah aku baru sedar dari lamunan bodoh aku nie.
Aku pelik, kenapalah aku susah-payah nak cari seseorang sedangkan Allah SWT sentiasa 24 jam dengan kita semua.
Disitu sudah kelihatan betapa bodohnya aku sebab asyik tercari-cari seseorang yang mungkin boleh menjadi pendengar dikala kesunyian *puih*.
Padahal, Allah SWT sentiasa dengan aku untuk mendengar segala apa yang aku rasa.
Yang aku susah-payah nak cari seseorang tu apsal? Aduh, betapa lalainya manusia.
Macamlah seseorang yang kita cari tu takde masalah sendiri untuk diselesaikan, bak kata kawan aku, "tp sapa je pun aku nk cerita smua masalah aku. mreka pun ad msalah mreka sndri."
Ok. Trimas kepada beliau untuk statement tu, aku lambat sedar masa aku tengah tweet dengan beliau. Al-maklumlah, kesedaran itu selalunya timbul diwaktu kemuncak pabila keseorangan.






So, lepas nie, kepada sesiapa yang rasa bahawanya diri itu keseorangan, janganlah berfikir begitu kerana Allah SWT sentiasa bersama kita.
Mengadulah kepada-Nya, kerna daripada Allah SWT kita datang dan kepada Allah SWT jualah kita kembali.






Hopefully korg tak terasa dengan posting aku nie.
Ini hanya untuk kesedaran aku sendiri sebenarnya, bukan untuk buatkan orang lain terasa atau sakit hati or whatever la.
Tak nak baca, dipersilakan untuk click tanda "X" dekat sebelah hujung kanan tu hah.
Tapi dah ending baru nak click, anda sudah baca sampai habiskan? haha. Maaf la.
Signing off for now.
Adios.