Chapter 83
Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Arie nie aku nak closed kenangan Semester 1 untuk program Degree aku bersama-sama pembaca *ader ker* disini. ahaks.
Walaupun tak banyak tapi semua itu kenangan, rite? So, appreciate it.
Okie. First aku nak share mase 1st time aku menjejakkan kaki aku ke universiti.
Walaupun jauh dari yang aku expect tapi Alhamdulillah, at least aku berjaya menempatkan diri aku dekat universiti, almaklumlah, dulu aku hanya seorang pelajar politeknik. hehe. Bangga ok.
Muler-muler agak takut plus cuak ah sebab takde sesiapa pun antara kawan-kawan aku yang tercampak sama universiti dengan aku, so agak terkontang-kanting plus keseorangan la jugak. hehe.
Seminggu orientasi, aku stick dengan kawan yang aku kenal masa aku gi kursus Infosys, bulan May 2012 yang lepas.
Even 1 poli tapi aku kenal beliau masa dekat kursus tu. hehe. Terukkan aku? ahaks.
Then, aku igt lagi masa perjumpaan dengan PA aka Penasihat Akademik, aku tak kenal pun dak2 nie, then lagi best masa tengah chatting dengan PA, tetibe budak2 direct entry *aku skali la tu* dipanggil sebab kami special. ahaks.
Takde lah. haha. Dipanggil sebab kami mungkin boleh transfer kredit dari politeknik dulu agar kami tak payah amik subjek yang sama sepanjang kami dekat universiti nie tapi bagi aku, semuanya sia-sia sebab belajar language baru.
Al-maklumlah, student IT, we can't expect which language we gonna learn, rite?
haha. Sekali aku masuk claz Programming Technique, aku dapat tau yang aku study C Language. perghh! Terkejut aku. ahaks.
Start dari budak2 direct entry claz Graphics nie dipanggillah, aku boleh kenal dan rapat dengan kawan-kawan aku yang sekarang nie.
Muler-muler agak kekok ah sebab kami berlima dan 4 dari 5 nie boleh b'bahasa pantai timur, tak termasuk aku, mereka2 nie boleh sembang antara mereka menggunakan bahasa tu.
So, tatkala mereka2 nie sembang guner loghat tu, aku agak ke laut gak sebab tak brape nak paham. ahaks.
Sepanjang kami study bersama, banyak giler kenangan suwey yang tak terkira. hahaha.
Konon nak wat group study, last2 jadi group stalk, gossip bagai.
Then igt lagi masa deadline utk projek Computer Graphics, masing2 wat lek, wat cool je cam projek tu dah siap 101%. ahaks. Hakikatnyer, tak sampai 50% pun siap. hehehe.
Then ader lagi 1 kerja gila kitorg wat sebelum last paper tu, keluar jalan2 dekat bandar.
2 mall kitorg lepak dengan hanya berjalan kaki dari 1 mall ke mall yang lain.
Igt dekat erk? Oh tidak, jauh aku habaq mai. ahaks. But still fun sebab buat kerja gila tu ramai2.
Cuba bayang kalau sorang2? Tak sanggup aku rasa. hehehe.
Plus aku terkejut masa gi karaoke, jumpe lagu group Japan yang aku admire giler, latest song plak tu tapi malangnyer aku tak dapat nyanyi sebab aku tak brape nak igt lirik dier. ahaks.
Dan aku bersyukur la, dikurniakan kawan-kawan macam nie. haha.
Sebab pe? Memahami. Senang cakap. Even aku tak cakap masalah aku, aku wat happy happy go lucky aku tapi dorg still dapat detect ader yang tak kena dengan aku. hahaha. Kantoi kot.
Ader sekali tu, dorg biarkan je aku main air dekat tepi pantai even dorg asyik larang aku tapi bersyarat, then aku pe lagi, main dengan happy macam budak2. hahaha. Stress kan? Itu je yang mungkin boleh reduce rasa tu.
Itu clazmate, roommates pulak.
Alhamdulillah, Allah SWT berikan 3 orang roommates yang sangat seronok, sporting, cute, cantik, baik hati, caring etc.
Sepanjang semester aku duduk dengan dorg, dorg yang banyak jaga aku even aku paling tua antara mereka. hehe. Maaf la, Along camnie erk. hehe
Aku sayang dorang, dah macam adik-beradik aku sendiri dah. hehehe.
Akhirnya pasal final exam.
Aku sit untuk 4 paper this semester. Even 4 pun tetapi gap antara paper2 tersebut ternyata membunuh aku. ahaks.
1 paper untuk 1 minggu. perghh! Sakit nak tunggu.
Aku kene sit untuk Programming Technique, Fundamentals of Discrete Structure, Computer Architecture & Organization dan Computer Graphics.
Nampak sikit tapi... perghhh... boleh giler. ahaks.
Dan jangan tanya samaada aku boleh jawab ker tak. Kalau aku pass, kira bersyukur la tu. Alhamdulillah.
Okie. Dengan ini officially aku sudah berjaya menamatkan Semester 1 untuk program Degree aku dekat universiti.
Even result bagi final exam masih belum diketahui tapi yeah, aku dengan bangga untuk announce yang aku sudah berjaya menamatkan semester yang agak payah ini dengan dorongan family dan kawan-kawan. ahaks.
Aku harap next semester aku boleh tersenarai dalam Dean List sebab aku confirm takde dalam list bagi semester nie. hehehe.
Signing off now.
Adios.