Chapter 114



Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Seperti hari-hari sebelumnya, seperti selalu yang aku perkatakan dalam post-post aku yang sebelum nie, mungkin semua sudah boleh agak apa yang bakal mereka baca buat post kali ini. Betulkan anggapan aku? ahaks. BINGO. That's it. So, tidak perlu untuk aku menceritakan keadaan yang sama tiap kali aku update blog kecilku ini, bukan? Such waste time for read if I just say the same sh*t things.






Tapi malam ini lain sikit aktiviti aku, but just another static thingy that I think I need to finish it because I don't want to delay it anymore. Aku tak bergerak banyak pun, just stay dalam bilik, duduk diam-diam sambil ditemani lagu-lagu buat penghilang bunyi cengkerik sambil aku bace novel yang aku beli sejak beberapa bulan lalu. Baca dan terhenti sebentar untuk bagi laluan kepada diriku sendiri menghambakan diri ini kepada bahan-bahan ilmiah buat bekalan peperiksaan akhir semester. Dan kini, aku mengumpul kembali mood yang telah hilang untuk menamatkan novel yang aku baca sebelum ini. Novel apa? Biarlah aku sendiri yang tahu. Hahaha.






Orait. What else? Oh yea, tiap hari aku tatap timeline Twitter aku tu, as y'all know, although I didn't tweet anything but don't think I didn't know what exactly happen to my friends who always update their Twitter. Whether I like it or not, I have to read it since I already be their follower, rite? I follow my Twitter's timeline every time, everywhere. Dan seorang manusia ini telah menarik perhatian aku. ahaks. Never thought those tweets would came out from that person. rofl. Tau tak kekadang aku terasa lemas & rimas tatkala baca tweets yang berada di timeline aku, tapi aku senyapkan saja since aku juga sebegitu.






Twitter, tempat untuk manusia bergantung harap bagi melepaskan ketidakpuasan hati secara halus kepada manusia lain tanpa mereka sedari. Aku juga salah seorang daripada golongan tersebut. Tuan yang melepaskan dan tidak terlepas juga daripada yang terkena tempias dari orang lain. ahaks. Cliche bukan? Tapi itulah lumrah hidup. Kita tak dapat lari darinya. Just face it. No offense, I think. rofl.






Haih. Sekarang aku terasa menyesal. Menyesal sebab download drama Korea yang aku tak habis tengok. Lebih 2 bulan mungkin aku tinggalkan benda-benda berkaitan Korea sebab sebenarnya diri aku sendiri lebih cenderung dengan Japan berbanding Korea, dan gara-gara drama Korea yang aku tengok 2 bulan lepas belum habis, aku menterpaksakan diri aku untuk tengok sampai ending.






See. Manusia. Walaupun tahu ending drama semuanya lebih kurang, plot cerita yang pusing-pusing tetapi akhirnya lebih kurang cerita yang baru dilayan beberapa bulan lepas pun, masih mahu ditonton sehingga akhir. Cepat serap agaknya? ahaks. Sorry, bukan tuju kepada sesiapa, tetapi sindiran buat diri sendiri jugak. Cakap tak best, pelakon biasa je tapi layan sampai habis. ahaks. Mengong disitu yerk.






Okie. Entry yang agak macam poyo erk? ahaks. Sorry la, beginilah aku kalau sudah start baca novel. Ayat poyo giler nak meninggal.
Ada seorang kawan suggest aku karang novel sebab kekadang otak aku boleh produce ayat-ayat novel tapi sorry, aku seakan malas untuk berbuat demikian buat masa sekarang. ahaks.
Keadaan tidak mengizinkan aku untuk berbuat sebegitu sebab aku dalam masih fasa membaca dan mentafsir serta memikir secara logik saja dan juga menerapkan daya pemikiran penulis-penulis novel yang aku baca ke dalam otak kecik aku nie.






Check out for now.
Update later.
Ciao.



p/s: Mungkin sekarang ada manusia yang sedang mentertawakan cara penulisan aku diatas ini. Aku akui yang aku bukan seorang yang bijak dalam mengarang mahupun berkata-kata, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh update blog kecilku ini. Sekian. *wink*