Chapter 119
Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Orait. Mukadimah malas nak taip panjang-panjang, cukup setakat ini. Aku terasa amat tak puas hati buat masa sekarang. Why? Kenapa? Mungkin setengah orang akan berkata, "Ala, betul la tu", "Itu baru sikit, aku kena lagi teruk", "Kau tu mengada sangat". Haaa... aku memang suka expect itu macam. Let's get the story begin.
KEPERCAYAAN
Aku amat susah pabila sampai kepada sesuatu yang melibatkan KEPERCAYAAN ni. Aku susah nak percaya dekat manusia lain sekarang ni sudah menjadi satu masalah. Tapi masalah sekarang adalah orang susah nak percaya dekat aku tapi bukan dalam konteks percayakan manusia lain untuk menyimpan rahsia atau apa-apa tetapi ini melibatkan diri aku sendiri. Orang susah nak letakkan KEPERCAYAAN dekat diri aku ni especially kalau aku dah set mind aku untuk sesuatu.
Aku admit yang aku memang susah nak merealisasikan something yang aku aim tapi kalau betul-betul aku aim giler-giler, memang aku akan realisasikan benda itu. Tapi, ada something yang sampai sekarang aku tak achieve walaupun sudah beberapa kali aku keluarkan aim tersebut dekat orang lain dan akhirnya aku hanya diperkecilkan gara-gara kejadian lalu.
Kenapa perlu dibangkitkan kejadian lalu? Disitu aku tersangatlah tak memahami. Come on la, people learn from mistake, right? I just made few mistakes and its just a small one, not big one like killing people.
Lama-lama aku terasa seperti buang masa buat segala benda yang membolehkan aku realisasikan apa yang aku mahukan selama ini. Dekat sebulan aku belajar, lepas itu aku duduk untuk ujian. Cuak, takut untuk gagal menyelubungi diri dan akhirnya, Alhamdulillah, aku berjaya lulus dalam ujian.
Janji dulu hanya tinggal janji buat masa sekarang. Masa aku berkeras untuk tidak belajar, paksa dan janji dikeluarkan tapi bila aku sudah lulus, tinggal janji. Kosong. Senyap. Kata-kata tidak membina semangat dikeluarkan dan ditambah pula dengan bebelan serta kata-kata yang hanya memarahi aku gara-gara kesilapan kecil yang aku lakukan.
Fine. Sejak dari beberapa jam lepas, aku sudah tekad, apa nak jadi lepas ni, jadilah. Jangan paksa aku. Jangan janji dengan aku. Bagi aku, cukuplah setakat itu. Malas aku nak dengar janji-janji bodoh lagi tipu bagi sedapkan hati aku. Kalau betul tak benarkan, jangan janji, jangan bagi harapan. Jangan suruh aku buat apa yang aku tak nak buat melainkan aku betul-betul mahukan.
Perkecilkan aku? Silakan. Sememangnya aku hidup untuk diperkecilkan. Untuk dipermainkan. Untuk diperbodoh-bodohkan. Aku hanya budak kecil yang senang untuk ditipu dan diperbodohkan.
Ok. Aku tahu itu bukan cerita yang aku patut sampaikan tapi dari kenyataan diatas, ada cerita disebaliknya dan aku malas nak hebahkan lebih spesifik kerna aku tahu ada yang memerhati. Cukuplah sekadar luahan hati aku yang tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
Signing off now.
Ciao.