Chapter 123
Assalamu'alaikum & Zellow peepz!
Seminggu sudah kita beraya. So, how was it? Puas hati? Seronok? Tak puas lagi? Haa... Syawal sebulan, pergilah kau beraya sampai lebam! ahaks.
Raya aku, so far, Alhamdulillah. Walaupun tak semua saudara yang aku jumpa tapi still bersyukur sebab aku dapat luangkan masa bersama-sama mereka. Jadi buat teman-teman yang ajak aku keluar, maaf kerana aku tolak atas sebab tidak munasabah. Aku hanya ingin luangkan masa aku dengan saudara yang datang dari jauh.
Aku belum berpeluang lagi berjumpa dengan kawan-kawan aku kerna aku terlalu malas untuk buat appointment dengan mereka. Tambahan pula kawan-kawan aku bukan duduk dalam daerah yang sama except for some of them la but mostly busy, busy dengan practical dan juga kerja. Plus yang jauh, sememangnya jauh la dan itu bertambah lagi kesukaran untuk bertemu.
Orait. Lupakan segala yang sedih. Ada benda lagi sedih plus malas aku nak fikirkan. Haih.
Cuti semakin berkurangan, bulan September makin menghampiri. Jadi faham-faham la buat sesiapa yang study Degree. Haaaa. . . 9 September kelas bakal bermula dan itulah yang membuatkan aku sedih lagi malas. ahaks. Sudah dengan hal tak dapat hostel, parah lagi parents aku tak bagi aku drive ke sana, habis la aku tiap-tiap pagi kena kejar bus untuk ke kelas. Hopefully permohonan hostel yang bakal aku apply akan diluluskan. Amin.
Okie. That's all for now.
Aku pun tengah busy habiskan segala anime & series bagai. ahaks.
Update more later.
Ciao.
2NE1 - Falling In Love
::.:: I keep thinking about their dance for this song. Lovin' it ::.::