Chapter 125
Assalamu'alaikum & Zellow peepz!
Sorry sebab aku dah lama tak update blog aku. Oh well, life just like usual, nothing good or bad happens. But few days ago, Abah kena admit ke KPJ sebab jantung tersumbat. . . lagi. Why 'lagi'? Sebab few backs ago, Abah had undergone the same surgery but don't worry, he's fine now and hopefully he won't smoke anymore.
Orait. Tujuan sebenar aku update sebab aku baru je lepas tengok film 2012. Ok, ok. . . film sudah lapuk, aku baru nak tonton kan? ahaks. Aku bukan peminat film genre sebegitu melainkan ada pelakon yang aku minat, tapi itu pun still berkira-kira sama ada aku patut tonton atau tidak. Depends la. rofl.
Berbalik kepada film 2012 tu, bagi aku itulah film paling nonsense pernah aku tonton. Well, mereka mengatakan yang Hari Kiamat bakal tiba tapi. . . kenapa ending sebegitu? Ok. Aku tahu fahaman masing-masing berlainan, aku bukan cuba untuk mempertikaikannya tapi setiap agama, fahaman berlainan tapi film ni totally nonsense *but aku still tengok sampai habis*.
Buat kapal besar seperti cerita Nabi Nuh dulu, tetapi untuk menghadapi Hari Kiamat? Itu sudah lari dari tujuan bukan? Bahtera Nabi Nuh dulu untuk banjir besar yang diturunkan Allah SWT ke Bumi. Film ini sudah lain. Aduh! Aku hanya mampu gelengkan kepala tatkala menonton film nie. Aku cuma terfikir, macam nie ker dorang nak hadapi Hari Kiamat yang sebenar? Don't ask the answer from me because I don't have the answer for that.
Film nie banyak jugak tak logiknya. Like Abah said, "Dalam banyak2 kereta yang tak selamat, 1 kereta tu je yang boleh elak segala bangunan yang runtuh". Doesn't make sense, right? haaaa. . . sepanjang nak lari tu, hampir kesemua kenderaan tak dapat lari dari runtuhan bangunan dan sebagainya tapi satu kereta nie je yang selamat. Then lagi satu, ending film nie ader helicopter terbang escort kapal besar tu, mana dapat minyak bagai nak tampung helicopter tu? Tak masuk akal betul. Kalau rajin lagi nak tengok, banyak lagi perkara nonsense yang dapat kita tengok. Malas aku nak ulas panjang sebab aku memang rasa film nie nonsense.
Abang cakap dengan aku pasal Mayan Calendar tu, kalendar yang mengatakan bahawasanya Bumi akan musnah pada 12 Disember 2012. Ok. Aku malas nak buat research tapi Abang aku cakap yang kalendar dorang yang tamat tempoh *dalam bahasa senang la*, kalau betul ramalan dorang, sebelum tahun Masihi, Bumi dah musnah. Tapi tak tahu la kesahihan berita pasal kalendar nie kan sebab aku pun tak berapa nak faham, ilmu nie pun disampaikan dari Abang kepada aku, kalau info nie salah, mohon inform dekat aku. Dan aku minta maaf dengan kecelaruan yang aku berikan kerna info nie dari Abang aku dan dia pun rujuk Uncle Google jer.
Bagi aku film 2012 ini seakan-akan memaparkan cerita Nabi Nuh dulu tapi dalam konteks berbeza. Kapal besar, selamatkan haiwan. . . seakan-akan mengambarkan waktu tersebut. Tapi tak tahulah dari mana director dapat inspirasi untuk hasilkan film nie.
Okie. Aku sudah luahan apa aku rasa pasal film nie.
If I made mistake, I'm sorry for that and if anyone feels offended by it, I didn't mean it because I'm just saying based on what I watched and understand.
Feel free to share with me about this and I'm happy to know about it. Just PM me through my Twitter, if you want.
Signing off now.
Ciao.