Chapter 59

Assalamualaikum & Zello readerz.
Seperti biasa aku disini hanya untuk update saja. Takde mende pun aku nak update sekarang sebenarnyer sebab waktu sekarang agak pagi dan aku tak tido sebab temankan Mama masak.
Hehe. Nak dekat pukul 4 pagi masak?! haha. Hanya kami sahaja yang tahu kenapa Mama masak waktu-waktu sebegini.
Alang kepalang aku menunggu, mata aku bukannya ngantuk pun, so just stay up sampai sahur la. Malas aku nak tido dah, nanti terlajak, aku pulak rugi.






Hurm... agak lamer aku menyepi ek? haha. Saje jer.
Aku tak rasa nak update blog, so just "blog-walking" jer la.
Perasaan nak update tu takde. Hehe. Namer pun malaskan, so... paham-paham ajer la.






Sepanjang aku ber"blog-walking" tu, banyak la jugak benda yang aku tak tau, jadi tau. Haha. So disitu terserlah yang ilmu aku tidaklah sebanyak yang aku sangka.
Jadi dari situ aku belajar untuk mengenali dunia yang luas ini. haha. Macam-macam la aku jumpe dan baca, kekadang tu macam tak masuk akal pun iye jugak, tapi just for my own knowledge, baca jer la ape yang terbentang di depan mata ini. ahaks.






Oh yea, and baru pagi semalam aku tukar background blog aku. hehe.
Smart tak? Ok tak. haha. tapi dekat aku still smart.
"NO " from Jun.K aka Junsu (2PM) untuk album ALIVE dier.
Apsal aku jadikan dia sebagai background? Hurm... entah. Saje, suker-suker. ahaks. *cross-finger*






Haih. Puasa tinggal lagi sehari jer. Ahad nie mungkin umat Islam seluruh dunia akan menyambut Syawal. Rindu pulak nak tinggalkan Ramadan.
Aku rasa macam nak Ramadan nie sepanjang tahun jer.
Sebab ape? Banyak sebab. haha. Sukar untuk aku ungkapkan sekarang atau sampai bila-bila.
Biarlah aku sendiri jer yang tau kenapa aku tak nak tinggalkan Ramadan. Ngee~~~






Tu dia. Jam sudah menunjukkan pukul 4:21 pagi dan mata aku masih segar. haha.
Dah lamer aku tak stay up sampai waktu begini. Aku bet aku takkan tido. haha. Indeed. Percayalah. Siang karang baru terasa betapa beratnya mata ini akibat tak tido. ahaks.






Oklah. Aku dah tak tau nak membebel pe lagi.
Kejap lagi Mama panggil suruh sahur pulak, then nak kene packing lagi. Haih. Malas betul aku bab-bab packing nie.
Highway, wait for me la. Sure sesak punyer ah. haha. Al-maklum la, musim perayaan, sumer pakat nak balik kampung tapi aku... haha.
Ye ye jer la. hehe. Padahal duduk umah, so bye-bye highway yang sesak.
Okie, catch y'all later.
Adios.

Chapter 58

Assalamualaikum & Zello peepz.
Semalam merupakan satu hari yang sangat menyedihkan tetapi bersemangat buat seluruh rakyat Malaysia.
Kenapa? Sebab Malaysia menang pingat Perak bagi acara badminton perseorangan lelaki.
Dan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei sebab sumbang pingat itu buat Malaysia.
Walaupun sedih sebab tak dapat pingat emas tapi aku bangga dengan semangat yang Datuk Lee Chong Wei tunjukkan.
First time la aku tengok dia tenang jer mase lawan Lin Dan semalam.
Like siriusly, selalu aku tengok dier macam tak confident jer tapi semalam aku memang bangga tengok dier lawan. Seronok pun ader gak.






Memang sedih sebab Datuk Lee Chong Wei harapan Malaysia nak dapat emas tapi dah takde rezeki, nak buat macam mana, terimalah seadanya.
At least dier ader jugak sumbang pingat buat Malaysia dan semangat dia semalam, aku dapat rasa yang dia buatkan seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu. haha. Macam seronok ah semalam even kalah.






Sedih mase tengok dier menangis lepas match tu abis. Sape tak sedih kan kalau dah macam tu, semua orang pun sedih gak. Haih.
Ok. Walau ape pun, Datuk Lee Chong Wei still our hero. haha.
He still the BEST!!!
Match semalam antara yang terbaik pernah aku tengok.






Okie. Entry pendek jer.
Aku malas nak taip panjang-panjang walaupun aku nak sebab pale otak tengah serabut nie. haha.
Kesian kat aku. *tak payah nak kesian sgt*
Catch y'all at another entry.
Adios.

::.:: Datuk Lee Chong Wei, our hero ::.::

Chapter 57

Assalamualaikum & Zello to all readers.
Sihat semuanya? Hopefully sihat la yer. haha.
Aku? Always in good condition, otak aku jer yang sekarang tak berape nak ok la. haha. Biase la, masalah... never leave me alone.
Suker sangat dekat aku. haha. Keep coming after another problem solved.
Good thing, huh? Actually not. Trust me. ahaks.






Sedar tak sedar, rupenyer dah masuk bulan Ogos yer.
Dah 2 minggu kita berpuasa and lagi 2 minggu dah nak raya. Yippie. ahaks.
Cepatnyer masa berlalu meninggalkan kita.
Lagi sebulan jer aku bakal menyambung pengajian aku ke negeri orang.
Yay! Rase takut pun ader gak. Ngee... haha.






Baik! Sila buang prasangka buruk itu jauh-jauh.
haha. Aku nak berdikari lepas nie.
Tak nak dah rindu-rindu, nangis-nangis. Ngee. haha.
Dah besar kan? Kene pandai jaga diri la, EizaF syg.
Mama dengan Abah akan selalu bersama-sama awak. hehe.






Untuk Degree nie, aku tak nak dah main-main.
Nak study elok-elok. haha.
Serik dah main-main mase Diploma dulu. Banyak sangat main, asyik kantoi jer. haih.
Sila simpan segala perangai buruk itu dalam kotak dan buangnya jauh-jauh dari hidup ini. ahaks.






Haih. Ape la aku membebel nie kan? ahaks.
Jauh suda membebelnyer. Aku pun dah tak paham dah.
Nie sumer masalah punya pasal la nie. Haih.
haha. Jangan salahkan masalah yang melanda. Tak elok.
For sure, aku kene settlekan ini masalah yang tak berapa nak dunia nie.
Rimas kalau aku fikir lamer-lamer, bukannya diri aku boleh jawab sebab ini melibatkan dua pihak, so yea, jawapannya ada pada pihak yang lagi satu.
So, aku kene dapatkan jawapan itu dalam kadar yang tak berapa nak segeralah. ahaks.






Oklah.
Aku malas nak merepek panjang. hehe.
Adios.