Chapter 67



Assalamualaikum & Zello peepz!
haha. Aku happy, aku gumbira!
Akhirnya aku sudah pulang ke rumah. Oh yea, aku dekat rumah sekarang, setelah lebih sebulan aku tak balik rumah, akhirnya aku pulang. Yippieeeee!!!






Aku amik bas pagi Rabu, pukul 9:30am, then sampai hometown aku dalam pukul 5 petang camtu la... kot.
ahaks. Aku pun tak berape nak ingat la sebab excited giler sebab dapat balik rumah. wahahaha. Rindu siot kat hometown aku.
Katil aku, si comel-comel aku yang aku rindu, parents aku, adik-beradik aku... hahaha. rindu ah kat semua.
Rase cam... waaaaa.... finally imma here!!! hahaha.






Sekarang nie tengah layan film Hindustan. Film Kabhi Khushi Kabhie Gham. Tu dia aih. haha. Rare ek aku layan Hindustan? haha. Shah Rukh Khan ngan Hritik Roshan punyer pasal, layan la wei...
Hensem woo... hahaha. Fall in love haku. hehehe.
Even pale aku tengah pusing-pusing sekarang, sebab dorang, sanggup tak tido lagi nie. Peh. hahaha.






Ok ah. Aku pun sebenarnyer tak tau nak update mende.
So, tu jer la. hehe.
Sorry sebab bosan punyer update.
Adios.

Chapter 66



Assalamualaikum & Zello peepz!
Aku malaslah nak start post kali ni dengan mukadimah panjang berjela yang selalu aku wat sebelum ni, sebab aku sekarang dalam condition yang sangat tidak seronok.
Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri masih tercari-cari jawapan bagi condition yang aku rasa sekarang.
Dah 2 hari aku rasa tak best plus menyampah dengan hidup aku ni. Haih. Kenapa ek? So sudden aku rasa macam ni.
Rindu hometown sangat ker? Agaklah sebab dah sebulan lebih aku tak balik rumah, then keadaan uni aku yang terletak tersangatlah jauh dari bandar membuatkan aku lebih terasa kebosanannya. Dah 2 minggu aku terperuk dekat sini. Serius mati woo.






Hari ni aku decide tak nak keluar even untuk makan pun. Tersangatlah malas nak siap-siap untuk turun cari benda makan.
Kalau boleh, aku nak call McDelivery, suruh hantar sampai depan pintu bilik aku *melampau sangatkan?*
Tapi itulah hakikat yang aku rasa sekarang - MALAS + MENYAMPAH.
Aku fikir juga sebabnyer tapi sampai sekarang aku tak tau. Haih. Benci, seriously benci giler biler aku rasa macam ni.
Spoilkan weekend aku jer.






Sekarang ni aku sorang jer kat bilik sebab roommates aku semua ader aktiviti dorang.
Aktiviti aku start lepas Raya Haji ni. Haih. Cepatlah. Aku tak sabar nak busykan diri aku ni.
Aku dah malas nak fikir pasal orang lain dah.
Letih nak jaga hati orang lain, letih nak sibuk pasal hal orang lain.
Padahal, diri sendiri pun tak terjaga, hati sendiri pun tak terjaga.
Aku rasa baik biar jer aku jadi macam dulu. Happy ever after with my fantasy life.






Ok. Aku rasa malas dah nak membebel.
Nak makan pulak.
Adios.

Chapter 65

Assalamu'alaikum & Zello peepz!
How are y'all? Good? Great? Mawesome? or Not good? Moody?
Haha. Whatever condition y'all are, hope y'all always happy and hyper because those thingy could reduce your stress. Trust me. Rofl.
Okie. Back to basic. Speaking bagai, skema plak kan. ahaks.






Aku sekarang nie sihat jer, ok idak la sihat maner sebab aku demam sekarang *big applause to myself* haha. Kelmarin kot, jangkit dekat member aku mase kami tengah tunggu turn untuk ditemuduga bagi kemasukan PALAPES Air Force dekat universiti *Air Force tu... haha. 1st bacth lagi*.
Dan yeah, berbaloi menunggu bersama-sama dengan latihan yang keras sampai aku nak sujud masa solat pun susah untuk 3 arie lepas ujian kecergasan tu, akhirnya aku terima oleh PALAPES Air Force. Oh YES!!!
Alhamdulillah. Tak sia-sia semangat aku yang kadang-kadang naik turun mase ikut sumer ujian tu. Tak sia-sia la aku nyanyi depan pengarah and kapten2 tu. haha. Segan gak, macam audition untuk singing competition jer.
Mase arie interview, aku ingat nak tarik diri sebab aku takut aku tak dapat bahagikan masa study dengan latihan tapi berkat nasihat Mama and kawan baik aku, akhirnya aku kuatkan diri ini untuk terima cabaran tu. hahaha.
Hope aku boleh manage time dengan baik. Amin.






Ok. Cukup disitu saja cerita PALAPES aku. haha. Sekarang nie aku nak citer sikit aktiviti yang aku buat and attend sepanjang aku duduk dekat sini. haha.
So far claz yang aku rasa paling best sekarang adalah claz Soft Skills aku, maybe sebab lecturer dier kot. Mesra jer. haha. Lagipun claz Soft Skills, pe je la yang kitorg buat kan.
Tiap-tiap minggu, duduk dalam group then ader task, semua orang kene bagi idea macam mana nak solve the problem.
Ader skali nie, kami kene buat tower, paling tinggi, paling stabil. haha. Tapi tower group aku jadi tower ke-2 dijatuhkan. haha. Tak stabil, kene tiup angin, terus jatuh. Ngee~~~

::.:: Hah... yang tu la tower kami yang 'stabil' & 'tinggi' ::.::





Then, Sabtu lepas, 06 Okt tak silap aku. Ader Festival Tanglung dekat tempat aku.
haha. First time kot, then pe lagi, roommates aku pun ajak la gi sebab kitorg nak tengok ape yang menarik tapi malangnyer hujan turun, so takde la tanglung, just performance jer yang ader, itu pun kami tak tengok sebab busy perabiskan kupon RM40 buat beli benda makan. haha.
Then, itulah first time makan Moon Cake. Not bad la rasa dier sebab kitorg amik perisa Blueberry.







Ok. Move on next story.
Minggu nie minggu convo dekat universiti nie. So ader la ExpoConvo.
5 arie kot, start arie Rabu lepas. Jenuh la nak carik benda makan sebab kene jalan jauh, kafe tak bukak. huhu.
Tapi agak berbaloi sebab banyak giler benda makan. hahaha. Syiok jer aku makan banyak kat sni. hehe.
Then semalam macam ader dak2 sekolah tadika datang sni, ader macam pertandingan mewarna jer. Sempat la gak aku snap gambar2 dorg yang kecik2 tu mase aku jalan2 + cuci mate. Cute saja dorg nie. hehe.






Arie nie pulak bday roommate aku.
So semlm kami buat surprise wish for her. haha. Letih tunggu dier abis on phone dengan member2 yang call dier wish bday.
Terkejut + happy dier. hehe.






Okie. Aku rasa tu jer la untuk sekarang.
Nak rehat sebab hingus nie dah meleleh-leleh. huhu.
Demam memang best. hehe.
Adios.

::.:: Hah, cute tak? Chocolate nie aku dapat mase aku tolong lecturer dekat pejabat fakulti angkat barang, kebetulan dier baru balik bercuti, then dier bagi la kat aku sebagai tanda "TRIMAS" ::.::
 

Chapter 64

Assalamualaikum & Zello peepz!
Hahaha. Aku kembali mengiatkan diri untuk meng'update' blog yang tak seberapa gah ini. hahaha.
Since aku tersangatlah free malam nie *free ker?!* haha. Jadi aku amik keputusan yang agak tak terburu-buru untuk update blog kecik ini. Ngee~~~
Takde ah, memandangkan aku ini agak malas nak study *entah biler nak rajin ntah* so, amik saje jer la ambil kesempatan ini untuk update blog ini. haha. Memang malas but since aku dah edit gambar yang tak seberapa cantik tu, so here I am. haha.






Okie. Start dengan Jumaat lepas, sahabat baik aku telah datang ke tempat aku study untuk melawat aku semata. Wah! Terharu tau tak. haha. Rare orang jauh nak datang lawat aku nie. hehe.
Dialah yang pertama. Tersangatlah terharu plus terkejut biler dier bagi tau aku yang dier nak datang lawat aku. haha.
Trimas bebanyak, sahabat. hehe.
Walaupun hanya sehari *tak sampai sehari macam yang aku bagi tau dalam post yang lepas* tetapi bagi aku la, tersangatlah berharga.
Tak banyak tempat kitorg pegi tapi berbaloi la sebab aku dapat jumpe dier. hehehe.
And yea, sorry sebab tak banyak gambar aku snap kerana waktu tak mengizinkan. hehe. Sampai pun malam, nak snap mende kan. haha. Tak mampu nak pakai camera mahal-mahal macam orang lain pun. hehe.
Ini antara gambar yang sempat aku snap, tu pun waktu nak balik la. hahaha.




::.:: Breakfast dekat McD pagi tu. haha. Rare ::.::







Okie. End with my holidays yang tak sampai sehari enjoy tu. haha.
Sekarang nie aku tengah lepak-lepak sambil menikmati bunyi hujan dari luar. haha. Yea, kat sini tengah hujan. Macam syok nak tido jer. haha.
Aku tak tau nak watpe sekarang nie, pening pale tetibe. Haih.
Bosan kan?! haha. Sekarang mungkin tapi tunggu la next week. Berlambak kerja sudah menunggu plus test and quizzes. haha. Hamek kau.
Dah la mood study aku tak datang lagi nie. Haih. Kene start study dah nie, kalau tak, masaklah aku. hahaha.






Huish. Next week sememangnya boleh aku anggap killer week bagi aku.
Test, quiz, interview... macam-macam lagilah.
Kene upgrade stamina aku nie. hahaha. Letih woo arie-arie. haha.
2 arie lepas, aku stay up sampai 5 pagi sebab study coding untuk test yang berlangsung pada malam keesokkan arienyer.
Endingnyer? Agak frust sebab output tak seperti yang aku harapkan tapi Alhamdulillah sebab aku dapat buat jugak apa yang soalan tu nak. hehe. Ader la markah, bukanlah kosong jer.
And yea, trimas la untuk kursus yang aku attend beberapa bulan lepas, tersangatlah membantu aku buat coding. haha.
Pakai C Language woo... nasib baik aku penah study C Language, kalau tak... ish ish... entah pe jadi kat aku sekarang nie.






Okie. Aku dah tak tau nak membebel ape lagi.
Signing out first. Till next post.
Adios.

::.:: Gambar nie aku snap mase aku joging sorg-sorg... hehe ::.::