Chapter 63

Assalamualaikum & Zello peepz!
Woah! Aku terasa bagai bernyawa semula *merepek suda*
Ok, ok. Sorry... ter'hyper' kejap. Ngee~~~ Saje jer aku nak lepas tension aku dekat sini since aku cam dah tak tau nak lepas kat ner kan. hahaha.






Sebenarnya baru balik dari mencuci-cuci mate *puih* ngan besty aku semalam, pagi nie baru aku balik campus. haha.
Trimas dekat itu besty sebab sanggup datang dari jauh, walaupun niat kau sudah lari. ahaks.
Aku t'sgt2lah bersyukur sebab Allah menghantar seorang sahabat baikku yang dari jauh ke sini walaupun hanya sehari. *tak smpi sehari pun*






Sedar tak sedar, dah 4 minggu aku dekat negeri orang, tengah tunggu lagi sebulan untuk aku jejakkan kaki aku dekat rumah.
Oh my... hanya Allah sahaja yang tahu betapa tingginya rindu aku kepada family aku sekarang.
Aku harap masa akan berlalu dengan cepat... huhu. Cepat la sebulan berlalu, aku tak sabar nak balik rumah nie. hehe.






Hidup dekat sini, aku nak cakap susah, tak jugak. Nak kata busy, pun takde la busy sangat tapi entah la. Aku pun tak reti nak describe lagi sebab aku rasa cam biasa jer lagi walaupun aku tengok roommates aku arie2 busy study, tapi aku nie. Haih. Lepak relax semacam jer. hehe.
Tak boleh jadi woo, aku kene start gak study, kalau tak, kantoi woo... haha.
Next week, 2 HOT aka Hand On Test menanti aku. haha.
Programming Technique & Computer Graphic. Tu dia aih~~ haha. Sekali harung 2 test daa...
Programming Technique, InsyaAllah aku boleh buat tapi Computer Graphic, aku kene usaha sikit sebab subjek agak mencabar ah. haha.
Semalam pun aku dah mengong2 jer ngn coding dier... panjang jangan cakap ah, tapi nasib baik lecturer sudi tolong aku yang sudah terkontang-kanting depan PC tu semalam. hehe.






Sekarang nie, aku keseorangan dalam bilik. Roommates aku entah kemana entah. haha.
Biasa la, arie Sabtu, banyak aktiviti cuma aku jer yang masih kemalasan untuk join. hehe.
Relax ah dulu, petang karang aku ader discussion dengan group Computer Architecture *namer subjek tak mau kalah, cam architech dah* aku, nak bincang pasal presentation kitorg. haha. Malasnyer aku nak turun. wahahaha. Jangan malas EizaF, tak elok woo. Duduk sini kene rajin, kalau tak, "Selamat jalan" ayatnyer. ngee~~~






Okie. Aku stop dulu ah.
Ader masa lagi, aku update ek. hehe.
Adios.

 

Chapter 62

Assalamualaikum & Zello peepz!
Aku kembali. Oh yeah! *tak payah nak seronok sangat ah*
Honestly... serabut sekarang... lagi. Oh yeah, sekali lagi aku rasa tersangatlah serabut gara-gara bermacam-macam perkara yang melanda diriku sekarang.
Banyak sangat benda yang bermain-main dalam fikiran aku sekarang.
Pasal study, duit, raya *lambat lagi sudah fikir?!*, teman hidup *opss... ader ker?! MIMPI* and macam-macam lagilah.
Kadang2 aku terdiam gak fikir samaada aku boleh bawak ker kehidupan universiti nie. Kalau kantoi mase tahun 1 nie, habislah aku dengan parents aku.
Mereka letakkan harapan tinggi giler dekat aku, al-maklumlah, anak first, harapan keluarga untuk jadi pendorong kepada adik-adik, betul tak?






Hurm. Memang betul, akulah harapan keluarga buat masa sekarang.
Kalau bukan aku, sapa lagi kan parents aku nak berharap? Haih, EizaF, EizaF... take note on that la.
Yeah, aku sudah berjanji dengan diri sendiri yang aku tak nak main2 dah.
Aku nak study betul2 and berusaha untuk mengubah diri aku yang kecik lagi hina ini.






Haih. Pe la yang aku merepek pepagi nie. haha.
Nawaitu aku update sebenarnya lain, tapi gara-gara ader halangan yang aku sangat malas untuk ubah buat pagi ini, jadi inilah yang tercetus dari minda yang tak berapa nak cergas. hehehe.
Ok lah. Aku pun ader hal lepas nie.
Sudah janji dengan kawan nak carik something sebelum Sabtu nie menjelang. haha. Duduk dekat sini kene berusaha lebih, tak boleh harap dekat orang sangat.
Kalau banyak sangat berharap, alamatnya matilah kau terkontang-kanting + terpinga-pinga bak orang bodoh *maaf dengan kata-kata yang agak kurang ajar*. haha






Aku undurkan diri dulu ek, nanti ada masa, aku update lagi.
Doakan aku pass ujian PALAPES Laut arie nie. *Nawaitu sangat tinggi nak join PALAPES Air Forse tp tarak*
Adios.


p/s: Aku rindu kepada arwah atuk. Al-Fatihah. 

Chapter 61

Setiap manusia yang hidup akhirnya pasti akan bertemu dengan si Penciptanya.
Tidak kiralah samaada kaya atau miskin, muda atau tua, alim atau tidak...
Pada suatu hari, tidak kira tempat atau masa, pasti dia akan pergi jua walaupun kita tidak merelakan seseorang itu pergi.






Pabila seseorang itu telah dijemput untuk menghadap Ilahi, kita sebagai manusia yang masih hidup, perlu melepaskan dia pergi walaupun ianya perit untuk dilaksanakan.
Hanya doa sahaja yang mampu mengiringinya.
Kita yang hidup hanya mampu mendoakan yang terbaik buat si dia yang telah menghadap Ilahi.






Jadi sebagai seorang umat Allah yang hidup diatas muka bumi ini, kita seharusnya selalu ingat bahawa seruan Ilahi selalu bersama-sama kita tidak kira masa dan tempat.
Ianya sentiasa mengekori kita walau dimana sahaja kita berada.






Sentiasalah beringat kepada diri sendiri yang Allah sentiasa memerhatikan kita.
Walaupun kita mungkin selalu lupa kepada Allah tetapi Allah tidak pernah sesekali melupakan kita.
Kerana rasa sayang kepada kitalah, Allah sentiasa berada bersama kita dan mungkin dia akan menjemput kita pada waktu-waktu yang kita tidak jangka yang Allah akan menjemput kita.






Jadi peringatan buat diri ini, sebagai seorang hamba Allah yang kecil lagi hina dan juga yang sering melupakan Allah pabila tidak berada dalam kesusahan, beringatlah yang Allah sentiasa ada bersama kita dan janganlah kita lupa kepada Dia yang telah mencipta kita sebaik-baik kejadian.
Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan oleh-Nya.
Sesungguhnya Allah boleh menarik sesuatu yang diberi oleh-Nya dengan sekelip mata sahaja.






Bulan Jun lalu, aku baru sahaja kehilangan seorang abang saudara kerana kanser.
Dan baru sebentar tadi, Abah baru sahaja memberitahuku yang mereka dalam perjalanan ke tempatku untuk mengambilku dan terus ke kampung halaman kerana Atuk kesayanganku baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Aku tak pasti pukul berapa tetapi yang pasti aku telah kehilangan seorang lagi insan yang aku sayangi pada tahun ini.
Aku buntu sekarang, aku tak tau apa yang perlu aku lakukan sekarang.
Aku hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga keluargaku datang untuk mengambilku.
Harap segalanya berjalan lancar. Amin.





Al-Fatihah kepada atuk yang aku sayangi, Mohd Diah yang telah kembali ke rahmatullah
Semoga roh atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman
Amin

Chapter 60

Assalamualaikum & Zello peepz!
First of all, aku nak minta maaf, minta ampun sebab aku tersangatlah dah lamer tak update ini blog, since raya, right?
Haha. Sorry, sorry... aku ada sedikit busy since raya plus masa raya pun aku ader 2 minggu jer tinggal sebelum aku masuk belajar balik, so yeah, masa yang diluangkan untuk berblog telah tersekat oleh aku sendiri. hehe





Sekarang nie, disaat ini, aku berada di hostel aka kolej kediaman di salah satu IPT dekat dunia. haha.
Nak tau kat ner? Hurm... no need la. Lagi mau privacy... *bajet* hahaha.
Aku sambung study sekarang nie, baru jer seminggu aku dekat sini.
So far, so good la... kot. Aku rasa. haha.





Ok. Fine. Kene mengaku gak yang aku agak serabut sekarang sebab aku kene susun atur jadual claz aku sendiri untuk Degree nie. Haih.
Jenuh wei... aku tak tipu. Terasa keperitannyer.
In fact, aku tak daftar kursus pun lagi sebab aku wat credit transfer dari Diploma dulu, entah lepas, entah idak. haha. Confident jer tekan2 wat credit transfer. rofl.





Pagi nie, ingat nak pakat ramai2 jumpe PA kami, nak bincang pasal jadual and pendaftaran kursus kami. haha.
Ikut hati aku, aku nak penuhkan jadual arie Isnin, Selasa, Rabu... Khamis half-day and then, Jumaat tak nak ader claz... haha. Amacam? Ok tak? Ngee~~~





Ok la. InsyaAllah, kalau aku ader masa, dan bleh mntk broadband dari parents aku, aku akan update ini blog.
Sekarang nie pun aku pakai broadband dari phone... mahal woo~~~ so aku kene manfaatkan sebelum expired pukul 10 nie. lol.
Okie. Have a good Monday, everyone.
Adios.