Chapter 120


Assalamu'alaikum & Zello peepz!
Ok. Aku update pendek je kot sebab tengah busy dengan project gelap aku yang aku baru start petang tadi. Haaaaa.. wanna know what it is? I'll post it here after I finish it. Okie? Yeah!





What else? Err... tak de kot. Hah... emosi aku masih tak stabil lagi dan jangan tanya kenapa sebab ia sememangnya menyakitkan hati aku sampai aku janji dekat diri sendiri. Apa janji itu? Biarlah aku sendiri yang tahu. Malas nak biarkan orang lain tahu, karang jadi masalah. Tak best pulak kan? ahaks. But don't worry, I'm totally ok with those stupid problems.





Ok. Hari nie pulak hari last bulan July. Oh my... time flies so fast nowadays. August will come, then on September, I will continue back studies~ Haih. Too lazy, huh? lol.





Okie. Checking out now.
Update later.
Ciao.

Chapter 119



Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Orait. Mukadimah malas nak taip panjang-panjang, cukup setakat ini. Aku terasa amat tak puas hati buat masa sekarang. Why? Kenapa? Mungkin setengah orang akan berkata, "Ala, betul la tu", "Itu baru sikit, aku kena lagi teruk", "Kau tu mengada sangat". Haaa... aku memang suka expect itu macam. Let's get the story begin.





KEPERCAYAAN





Aku amat susah pabila sampai kepada sesuatu yang melibatkan KEPERCAYAAN ni. Aku susah nak percaya dekat manusia lain sekarang ni sudah menjadi satu masalah. Tapi masalah sekarang adalah orang susah nak percaya dekat aku tapi bukan dalam konteks percayakan manusia lain untuk menyimpan rahsia atau apa-apa tetapi ini melibatkan diri aku sendiri. Orang susah nak letakkan KEPERCAYAAN dekat diri aku ni especially kalau aku dah set mind aku untuk sesuatu.





Aku admit yang aku memang susah nak merealisasikan something yang aku aim tapi kalau betul-betul aku aim giler-giler, memang aku akan realisasikan benda itu. Tapi, ada something yang sampai sekarang aku tak achieve walaupun sudah beberapa kali aku keluarkan aim tersebut dekat orang lain dan akhirnya aku hanya diperkecilkan gara-gara kejadian lalu.





Kenapa perlu dibangkitkan kejadian lalu? Disitu aku tersangatlah tak memahami. Come on la, people learn from mistake, right? I just made few mistakes and its just a small one, not big one like killing people.





Lama-lama aku terasa seperti  buang masa buat segala benda yang membolehkan aku realisasikan apa yang aku mahukan selama ini. Dekat sebulan aku belajar, lepas itu aku duduk untuk ujian. Cuak, takut untuk gagal menyelubungi diri dan akhirnya, Alhamdulillah, aku berjaya lulus dalam ujian.





Janji dulu hanya tinggal janji buat masa sekarang. Masa aku berkeras untuk tidak belajar, paksa dan janji dikeluarkan tapi bila aku sudah lulus, tinggal janji. Kosong. Senyap. Kata-kata tidak membina semangat dikeluarkan dan ditambah pula dengan bebelan serta kata-kata yang hanya memarahi aku gara-gara kesilapan kecil yang aku lakukan.





Fine. Sejak dari beberapa jam lepas, aku sudah tekad, apa nak jadi lepas ni, jadilah. Jangan paksa aku. Jangan janji dengan aku. Bagi aku, cukuplah setakat itu. Malas aku nak dengar janji-janji bodoh lagi tipu bagi sedapkan hati aku. Kalau betul tak benarkan, jangan janji, jangan bagi harapan. Jangan suruh aku buat apa yang aku tak nak buat melainkan aku betul-betul mahukan.





Perkecilkan aku? Silakan. Sememangnya aku hidup untuk diperkecilkan. Untuk dipermainkan. Untuk diperbodoh-bodohkan. Aku hanya budak kecil yang senang untuk ditipu dan diperbodohkan.





Ok. Aku tahu itu bukan cerita yang aku patut sampaikan tapi dari kenyataan diatas, ada cerita disebaliknya dan aku malas nak hebahkan lebih spesifik kerna aku tahu ada yang memerhati. Cukuplah sekadar luahan hati aku yang tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.





Signing off now.
Ciao.

Chapter 118



Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Jam lagi sudah menunjukkan ke angka dua dan aku masih lagi berada dalam alam maya. Dua pagi dah wei, apa lagi kau menapak dekat alam maya ni?! Haih. Aku sendiri tak tau. rofl. Bangang. Mengong. Itulah dia. ahaks. Macam tiada hari esok pulakkan?! Chill la. Memang aku digelar owl kot dikalangan family aku. Tidur lambat but aku boleh bangun awal what. Ingat aku bangun lambat ker? Oh cun sikit ok. ahaks. Orait. End of merepek. La la la.





Story apa aku nak update erk? Hurmm. Oh yea, result final exam untuk semester 2 aku. Jangan tanya. Kenapa? Sebab masih belum keluar. Haih. Bila nak keluar, aku sendiri malas nak ambil tau. Kalau boleh tak payah keluar la sebab aku tak nak tau. rofl. Tapi result kena keluar jugak kan? Penat je dah ambil exam tapi result takde. Huhu.





Anything else? Haih. Empty mind so sudden. Aku nak cerita pasal isu terkini tapi bukanlah aku ini layak untuk punya entry sebegitu rupa sebab isu terkini pun aku malas ambil tahu. Hahaha. Latest isu pun mungkin pasal orang ramai berebut-rebut untuk dapatkan toy Minions dari McDonalds. Haaa... itu pun kebetulan je sebab aku dengar news dekat radio. Isu dunia. Hurm... mungkin yang latest aku dengan pasal Kes Penggulingan Presiden Mesir Muhammad Mursi. Itu pun aku tak berapa nak faham tapi yang aku tahu benda tu memang tak elok la.





Haih. Duduk termenung depan laptop nie pun tak guna jugak. Aku dengar lagu je sambil taip entry ni sebab aku sorang je yang masih segar. rofl. Bosan erk entry nie?! Agak la sebab aku sendiri terasa kebosanan yang teramat. Maaf la. Aku bukan seorang yang bagus dalam bidang penulisan.





Ok. Aku agak aku patut berhenti sekarang. Karang aku sendiri meninggal tengok aku taip benda-benda merepek dekat blog nie.
Dan yea, InsyaAllah aku bakal menyemakkan diri aku dekat Twitter. ahaks. Timbul rasa rindu untuk tweet kembali. Hekhek!
Okie. Check out now.
Ciao.


p/s: Mase aku start taip, jam baru pukul 2. Sekian ;p

Chapter 117



Assalamu'alaikum & Zello peepz.
What a lovely day, rite? *tetibe* ahaks. Sorry sorry. Aku. Aku. Aku sebenarnya tak reti nak buat mukadimah untuk post. rofl. Siriusly. Kalau baca yang sebelum punya post pun, aku terasa macam hampeh jer mukadimah aku. Hurmm... poyo pun ye jugak. ahaks. Overall, aku sememangnya FAILED dalam mereka cipta mukadimah. rofl. Or am I totally sucks in creating an intro? a story?





Orait. Aku sebenarnya agak bengang dengan penduduk-penduduk di kawasan kejiranan aku nie. Tapi bukan semua la, ada la sorang pak cik nie, haih, should I mention as a couple? Tak muda sangat, so pengunaan 'couple' sangat tak sesuai buat mereka ini. Ok. Senang cakap pak cik dengan mak cik la, yang duduk dekat kawasan perumahan aku nie, or lebih specific, depan rumah aku sendiri. Haaaa. Cun dah ayat nie *sambil tunjuk-tunjuk*.






Apa aku tak puas hati? Haaa... banyak, kalau ikutkan banyak la tapi yang paling buat aku berangin semalam adalah kerna ini pak cik sudah mencampakkan batu ke kawasan rumah aku. Dan batu yang dicampakkan itu seakan-akan ditujukan kepada kucing-kucing aku yang sedang bersantai di luar kawasan pagar.





Haih. Ini mangkuk sudah kurang ajar. Kau dah kenapa kan nak campak-campak batu dekat rumah aku, kau takde rumah ker? Pftt!





Sebelum nie memang ada serpihan pasu, batu bagai depan rumah aku, tiap-tiap hari kot. Abah jumpa, kutip, then buang. No suspect. Then semalam, Allah itu Maha Berkuasa. Itu pak cik sudah terkantoi lor. Adik aku keluar then tengok sapa campak batu, then on the spot, itu pak cik tengah busy melabuhkan bontot beliau dekat atas kerusi. Haaa... bukan nak menuduh tapi waktu tu dalam pukul 6 pagi dan kawasan itu tidaklah terlalu busy dengan bunyi kereta or motor, jarang pun. Then no suspect, sape lagi, hah? Sila mengaku, wahai pak cik.





Aku memang dari dulu tak berapa nak gemar dengan pak cik nie. Perangai mengalahkan budak-budak. Perghhh! Dulu anak kawin tak jemput, 1 hal *padahal aku tak hadap nak gi pun*. Ada ke patut cacak papan tanda depan rumah aku, habaq mai yang khemah nak kena pasang pukul berapa. Perghhh! Itu kurang education namanya. Bukan la nak ada alternatif nak jumpa Abah face-to-face bagi tau yang khemah nak pasang pukul berapa.





Ini salah satu yang boleh aku gelar manusia yang menerajui kumpulan untuk memecahbelahkan *betul ker aku eja?!* kaum. Tak sebulu dengan orang sekitar. Apa masalah kau sebenarnya, huh? Ingat bagus sangat ke perangai macam tu? Haih. Tak faham aku. Kalau dengan sesama kaum boleh buat taik ini macam, apatah lagi dengan kaum lain. Itu lagi parah.





Hopefully, kalaulah itu pak cik boleh baca ini. Aku mohon ubah perangai. Masing-masing sudah besar, pandai fikir mana baik, mana buruk. Bukan budak-budak nak main baling-baling bagai. Agaknya, budak-budak sekarang pun tahu yang benda-benda macam tu sekadar buat orang naik angin. Bukan elok pun.





Check out now.
Ciao.


p/s: The haze is back! Please do take care of yourself, everyone :) Haze won't go away for awhile now. ahaks.

Chapter 116

Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
ahaks. Buat waktu sekarang dan ketika ini, aku lagi sedang berinteraksi dengan kucing aku yang diberi nama, Kuntum. Jangan ingat Kuntum ni kucing betina ok kerna sesungguhnya Kuntum seekor kucing jantan. Haaa, terkezut bukan?! Why Kuntum?! Jangan tanya sama aku, itu soalan, hanya Abah yang mampu berikan jawapan yang mantap lagi logik... mungkin. rofl.






Apa yang aku interaksi dengan si Kuntum ni pun aku sendiri tidak berapa nak faham. Kuntum menyahut, aku hanya 'hah' kan saja. Nampak tak interaksi antara kami disitu? La la la. Aku sememangnya suka dengan imaginasi aku sendiri dimana aku akan cuba untuk memahami percakapan pets aku. Bunyi macam hebat tetapi aku tak faham sepatah pun. Hekhek!





Ok. Lupakan pasal Kuntum. Bukan pasal Kuntum yang aku nak cakapkan hari ini. ahaks.






Tengah hari tadi, gara-gara aku terasa teramat bosan menapak dekat rumah untuk hampir seminggu...? Seriously, seminggu aku tak keluar, tak hang out luar dari kawasan rumah, aku terasa macam orang tak betul. Arghhh! Ok. Sambung balik, aku ikut Abah aku angkut Adik-adik aku gi cari software untuk dier punyer study. Ok. Unexpected. Bosan giler. Sejujurnya. Aku perlukan shopping complex macam Jusco untuk hang out. Arghhhh!!! 






Tadi aku terasa macam nak minum Chatime or CoolBlog. Oh my... bestnya dapat waktu berbuka nanti tapi itu semua. . . HARAPAN!





Sekarang aku hanya ingin keluar untuk melepaskan segala kebosanan plus stress yang aku rasa. Dan aku tidak sabar menantikan kereta Spectra Abah yang baru masuk workshop beberapa hari lepas untuk keluar dari workshop itu dan aku boleh drive untuk hilangkan kebosanan ini. Hekhek!





Jyeah. Itu saja buat masa sekarang. Out sebab perut aku berkeroncong sudah dan tak larat nak taip. Fufufu!
Ciao.

Chapter 115

Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Orait. Dua hari, dua hari aku tinggalkan blog kecilku ini tanpa berita *eleh baru 2 arie dah bising*. Oh well, like I said, ape aje yang aku nak update, huh? Nothing. Totally nothing. Pftt!






Dan yea, Alhamdulillah, semalam aku berjaya jugak habiskan novel yang tergendala beberapa bulan lepas but still have 1 more to go and I don't how many pages left. Damn. Memang bukan hobi aku nak baca balik dari mula dan bukan jugak hobi aku nak memahami balik plot cerita dari mula. So, semalam, even aku dah boleh agak suspek utama tapi character tambahan still buat aku terpinga-pinga bak budak kecik baru nak belajar mengeja dan terkeliru dengan huruf-huruf yang wujud. Tapi lantak la, janji aku faham plot dier dan tak terkeliru dengan keadaan semasa. rofl. Bodoh betul aku.






Hari nie, aku terasa macam nak layan movie, so aku tengok la movie KIL.






Nak aku buat sinopsis ker? Oh my, no thanks la. Aku malas. Malas nak buat sinopsis aku sendiri. But if y'all nak cari kelainan dalam jalan cerita dekat Malaysia nie, aku rasa KIL antara yang terbaik untuk tontonan. KIL, mengajar manusia untuk menghargai kehidupan, dari perspektif aku la. Pendek kata, manusia akan mula menghargai keadaan sekeliling kalau seseorang itu tahu yang maut bakal menjemput mereka. Itulah dari perspektif aku.






Lagipun aku suka tempat-tempat yang movie nie shoot. Different, nice and clean. Aku rasa macam nak pegi je sumer location yang masuk dalam movie tu especially tempat si Kil nie lepak. Such a beautiful scenery especially waktu malam.






Okie. Sampai sini je la. Lagipun lagi sejam lebih nak berbuka. So, sudah menjadi rutin harian aku untuk menyemak dekat kitchen Mama aku tu. ahaks.
So yea, check out.
Ciao.




Chapter 114



Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Seperti hari-hari sebelumnya, seperti selalu yang aku perkatakan dalam post-post aku yang sebelum nie, mungkin semua sudah boleh agak apa yang bakal mereka baca buat post kali ini. Betulkan anggapan aku? ahaks. BINGO. That's it. So, tidak perlu untuk aku menceritakan keadaan yang sama tiap kali aku update blog kecilku ini, bukan? Such waste time for read if I just say the same sh*t things.






Tapi malam ini lain sikit aktiviti aku, but just another static thingy that I think I need to finish it because I don't want to delay it anymore. Aku tak bergerak banyak pun, just stay dalam bilik, duduk diam-diam sambil ditemani lagu-lagu buat penghilang bunyi cengkerik sambil aku bace novel yang aku beli sejak beberapa bulan lalu. Baca dan terhenti sebentar untuk bagi laluan kepada diriku sendiri menghambakan diri ini kepada bahan-bahan ilmiah buat bekalan peperiksaan akhir semester. Dan kini, aku mengumpul kembali mood yang telah hilang untuk menamatkan novel yang aku baca sebelum ini. Novel apa? Biarlah aku sendiri yang tahu. Hahaha.






Orait. What else? Oh yea, tiap hari aku tatap timeline Twitter aku tu, as y'all know, although I didn't tweet anything but don't think I didn't know what exactly happen to my friends who always update their Twitter. Whether I like it or not, I have to read it since I already be their follower, rite? I follow my Twitter's timeline every time, everywhere. Dan seorang manusia ini telah menarik perhatian aku. ahaks. Never thought those tweets would came out from that person. rofl. Tau tak kekadang aku terasa lemas & rimas tatkala baca tweets yang berada di timeline aku, tapi aku senyapkan saja since aku juga sebegitu.






Twitter, tempat untuk manusia bergantung harap bagi melepaskan ketidakpuasan hati secara halus kepada manusia lain tanpa mereka sedari. Aku juga salah seorang daripada golongan tersebut. Tuan yang melepaskan dan tidak terlepas juga daripada yang terkena tempias dari orang lain. ahaks. Cliche bukan? Tapi itulah lumrah hidup. Kita tak dapat lari darinya. Just face it. No offense, I think. rofl.






Haih. Sekarang aku terasa menyesal. Menyesal sebab download drama Korea yang aku tak habis tengok. Lebih 2 bulan mungkin aku tinggalkan benda-benda berkaitan Korea sebab sebenarnya diri aku sendiri lebih cenderung dengan Japan berbanding Korea, dan gara-gara drama Korea yang aku tengok 2 bulan lepas belum habis, aku menterpaksakan diri aku untuk tengok sampai ending.






See. Manusia. Walaupun tahu ending drama semuanya lebih kurang, plot cerita yang pusing-pusing tetapi akhirnya lebih kurang cerita yang baru dilayan beberapa bulan lepas pun, masih mahu ditonton sehingga akhir. Cepat serap agaknya? ahaks. Sorry, bukan tuju kepada sesiapa, tetapi sindiran buat diri sendiri jugak. Cakap tak best, pelakon biasa je tapi layan sampai habis. ahaks. Mengong disitu yerk.






Okie. Entry yang agak macam poyo erk? ahaks. Sorry la, beginilah aku kalau sudah start baca novel. Ayat poyo giler nak meninggal.
Ada seorang kawan suggest aku karang novel sebab kekadang otak aku boleh produce ayat-ayat novel tapi sorry, aku seakan malas untuk berbuat demikian buat masa sekarang. ahaks.
Keadaan tidak mengizinkan aku untuk berbuat sebegitu sebab aku dalam masih fasa membaca dan mentafsir serta memikir secara logik saja dan juga menerapkan daya pemikiran penulis-penulis novel yang aku baca ke dalam otak kecik aku nie.






Check out for now.
Update later.
Ciao.



p/s: Mungkin sekarang ada manusia yang sedang mentertawakan cara penulisan aku diatas ini. Aku akui yang aku bukan seorang yang bijak dalam mengarang mahupun berkata-kata, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh update blog kecilku ini. Sekian. *wink*

Chapter 113

Assalamu'alaikum & Zellow peepz.
Entry kali nie, hurm, aku. . . aku. . . aku. . . haih! Entah la.






Aku cuba. Cuba untuk mencari topik yang menarik untuk diketengahkan or share dengan semua but. . . tak tau la apsal dua, tiga arie nie aku banyak fikir, memikir, terfikir dan sekepala dengannya.
Think about what? Hah. That's what am I trying to figure it out now.
The mind seems like empty but deep inside of it, if I could take it out and plug it to the projector, it will show a lot of things inside it.






Life, family, friends, enemies etc. You name it. Everything inside it. Dan aku sendiri tidak mengetahui dari mana benda-benda nie datang especially yang unknown thingy tu *refer to something that even myself didn't know how to describe it*.
Emo, kah aku? but why? so sudden this feeling come? Pftt! Somehow I feel like a stupid person because thinking too much. rofl.






O. . . K . . . !
Aku sepatutnyer luperkan semua benda yang boleh menyebabkan aku kene migraine lagi. Yeah! Aku WAJIB! sebab aku tak nak susahkan diri sendiri plus parents aku.
So, aku kene stop thinking about things that I doesn't know at all even its involve my life.
Yeah, why think about it when yourself doesn't know what the heck it is, rite? Such wasting time thinking about it and lead yourself into some stupid situation where no one knows what actually happen to yourself when you can't explain it why.






What should I do?!
Haih! This so not good, ya know.
Just in case, I will end up feel frustrated with this. ahaks.






Oh well.
Think I should stop now.
This so stupid.
Check out. Don't worry, I'll be fine.
Ciao.


"Thinking about something that you doesn't know might turn yourself into someone that you doesn't know at all. That might let other people look at you in negative perspective although you didn't mean it"

- EizaF Winchester, July 15, 2013

Chapter 112


Assalamu'alaikum & Zellow bloggerz!
ahaks. Ogenki desu ka? Heee... Moga semua dalam keadaan yang tersangat sihat di samping family tersayang, okie?
Jyeah! What am I doing for today? Hurmm...






Oh yea, finally, aku dapat semua episode Fairy Tail! Jyeah! Hahahaha.
Dan aku sekarang on the way perabiskan kesemua episode sebelum aku tengok Fairy Tail OVA plak. hekhek! Had just finished episode 121 just now and I'm going to continue it~






Pagi tadi, nyaris laptop aku tak dapat on, maybe sebab charger aku kot *mintak tukar yang baru la tu. Pftt!*.
Aku giler la cuak. Meninggal la nak mintak benda lagi untuk laptop nie. Haih.
Inilah nyawa merangkap intan payung berlian hati aku. Puwahahaha!






Dan yeah, adik-adik kesayangan aku pulang ke kampung halaman ini hari and the house will be a full house~ YES!
For sure juadah berbuka untuk weekend nie sedap-sedap. Like Mama said, "Hari biasa, simple jer menu tapi weekend, baru Mama wat menu best2".
As expected from my beloved okasan. Hekhek!






What else? Hurm.
That's all for now, I guess.
Just a short post for now making my blog died just like that. rofl.
Check out for now.
Ciao.



p/s: Check out this violinist, Lindsey Stirling. She's awesome!


Chapter 111



Assalamu'alaikum & Zellow everyone!
How is your 2nd day of fasting? Tired already meh? Aigoo! C'mon la. Be strong. Tak makan, tak minum jer, takkan dah longlai kot? Wake up! Wake up! ahaks.
Hopefully y'all gone through this fasting month with great mood. Bulan Ramadhan datang mengunjung hanya sekali setahun, so let's appreciate it!






Orait!
What am I doing for today? Hurmmm... just usual routine la, what else did cha' expect, huh?
And yeah, yesterday okasan already put me as her little chef in her kitchen, so yeah, I'm gonna work with my okasan for a whole fasting month. Hekhek~






While busy for the juadah berbuka in the evening, what am I doing while waiting for the evening to come for today was spending my time watch back the Final SHOWDOWN 2013 because I had missed it last week.
But although I missed it but I had voted for my fav. crew and thanks to someone who message me about the voting time. Hekhek!
And congrate to ELECOLDXHOT aka ECX *my most fav. crew* for winning the All-Star Category!
I just love them so much!






Jyeah!
What's more, huh?
Hurmmm... I guess nothing for now since I'm just busy downloading anime Fairy Tail because I didn't manage to get it from my cousin since I forgot to ask him. rofl.






And yea, one more thing.
Congrate to my friends who apply for the UPU for the Degree intake and don't ask me whether there's a friend who got same place with me because honestly, not many of my friends wanting to continue their studies and unfortunately, my Abg didn't manage to get it. Hopefully Abg buat rayuan. Aish.






Okiedesu!
Guess that's all for today.
Signing off now and selamat berbuka buat semua!
Ciao.



p/s: Gara-gara tak dapat tengok live Final SHOWDOWN 2013 arie tu, aku keluar sambil dengan bangga sarungkan tee ECX aku. Hekhek! Love it!

Chapter 110

Assalamu'alaikum & Zellow peepz!
Okiedokie. First of all, aku nak ucapkan...






Jyeah. Let's move on. ahaks.






Last Friday, along with my beloved family, we heading back to Johor sebab Ahad lepas ader wedding cousin aku.
Excited tak terkata sebab nak berjalan jauh. hekhek! Haaaa.
Walaupun tak sampai 2 arie kot sampai JB, but. . . aku rasa tersangatlah seronok sebab berjalan~ Hekhek.
Dalam 1 petang tu, 3 tenmpat aku pegi. Giler kau tak seronok. ahaks!






Wanna know where I had been?






Okie. First pit stop. Here we are!



  

  






Johor Premium Outlet. Tempat yang boleh buat kaki shopping naik giler. Haaaa. Itulah yang mampu aku ungkapkan.
Barang dekat sini, branded satu hal, then harga dier, perghhhhh! Giler nak meninggal murah *cross-finger*
Memang seronok ah kalau nak cari barang-barang branded, cantik plak tu, plus mase aku pegi, ader plak discount merata tempat tapi memandangkan poket aku sememangnya tidak mengizinkan, aku hanya mampu usha. Hekhek!
Bukan tahap aku nak berbelanja dekat tempat sebegitu. Heeeee~





Orait. Next pit stop! Kiter ke Nusajaya!






Ape ader dekat Nusajaya?! Haaaaa~~~ Itulah dia!









Aku sudah boleh mengaku yang aku sudah jejakkan kakiku ini di Legoland! Jyeah!
Berbaloi park kete jauh2 sebab akhirnya aku sampai ke sini even termengah2 waktu sampai. Hekhek!
Legoland, aku tak boleh nak olah sebab perangai aku 101% jadi budak2 umur 5 tahun, haaaa... tu dia kan!
Even hanya depan entrance jer tapi berbaloi giler kalau dapat masuk. Haaaa~ Ingat aku masuk ker? Giler mahal tiket lagipun still under construction, so aku tak nak masuk lagi sampai ianya fully siap, baru berbaloi habiskan duit dekat Legoland.






Last pit stop.






Lagi satu tempat best dekat sini. Puteri Harbour *Mama ingat namer tempat nie Pearl Harbour*
Haaaaa~ Ape ader dekat sni?! Yatch!
Cantik tempat nie, aku tak tipu.
Plus shopping complex untuk budak2 kot sebab kat sni jual barang-barang mainan.














Best woo. Aku sampai rase nak perabiskan duit dekat barang-barang mainan jer.
Hehehehe. Y'all think I didn't like those toys? Oh my... see when I get myself into Toys"R"Us. ahaks.
You can never thought that was me at all~






Okie. That's all for now.
I felt so happy whenever I reached myself at Johor. I don't know why and I'm proud that I'm half of Johor's people. Hehehe.
Signing out now.
Ciao.


p/s: Pengalaman merantau mengajar manusia untuk belajar tentang diri sendiri dengan lebih mendalam.


Chapter 109


Assalamu'alaikum & Zellow peepz!
Orait. Today. Hari ini. *saje bagi korg bace sekat2. puwahaha!*
Hurmmm *thinking* 
Apakah topik yang ingin aku ketengahkan lagi yerk?






Ah ha! Maybe arie nie lain skit. Malas aku nak update pasal life aku yang kosong ini. hekhek!
There something that always makes me think. Ok, not always but sometime la.
Pasal adik-beradik tiri. Aha! Mesti ramai tertarik kan? *syok sendiri sebab takde orang pun yang bace blog aku nie*
Ok. Actually not a big thing la that I think about.
Aku just curious pasal something nie.






Kenapa erk, kenapa siblings tiri nie, kekdg tak nak mengaku yang dorg nie siblings, ok, mungkin ader yang confuse dengan ayat aku.
What I'm saying is, kenapa each time, kalau ader orang tanyer siblings ader brape, the answer will be, "Aku ader blah blah siblings plus blah blah step-siblings".
Orait. That's problem there.
Aku tau yang aku memang takde pengalaman untuk ader adik-beradik tiri nie tapi kalau relationship between korg tu baik, why not just admit them like your own siblings?
That's gonna make the family more in good relation, rite?






Maybe some people might say that I don't understand the condition and yea, honestly I didn't understand but what I can see here, instead of making people asking too many questions *if you don't like it* about your family, why don't you just admit it, rite?
Sesetengah orang mungkin takkan suker kalau orang luar amik tau pasal hal family korg tapi kalau manusia itu sendiri tak nak mengaku, tak guner jugak kalau nak berahsia.






Walaupun aku takde experience dalam hal nie tapi aku ader few friends yang dalam family sebegini dan somehow aku agak bersyukur sebab even they admit it, they also would admit that the step-siblings as their own siblings and they get along very well with each other.






Bagi aku hal macam nie tak perlu la diperbesarkan, mungkin bagi pihak parents sendiri sudah punya masalah mereka sendiri dan mereka mungkin tak berharap yang anak-anak dorg nie bagi lagi masalah dengan gaduh sesama sendiri plus menyalahkan pihak yang lain, betul tak?
Masing-masing boleh fikir dah baik buruk benda-benda macam nie, even mungkin zaman sekarang, budak-budak kecik pun dah boleh pikir maner salah, maner betul.
Takkan masyarakat sekarang nak tersekat lagi dengan pemikiran cerita dongeng Bawang Putih Bawang Merah tu? Bodoh namanya. Haaaa~






Okie. Sampai sni jer la opinion aku *opinion ker nie?!*.
Aku tak berani nak olah banyak sangat.
Just throw out what I think about and no offense to all.
Ciao.



p/s: Aku bersyukur buat kawan-kawan aku yang get along well with their step-siblings and those out there who wanna make a peace with their step-siblings, wish y'all the best.

Chapter 108

Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Hurmmm. . . whatta am suppose to update for today, huh?
rofl. Nothing. Empty. Siriusly. ahaks.






So far, aku stay kat rumah, aku just spend time aku dengan tengok anime. hoho.
Fairy Tail. Itu anime yang aku tengah berusaha untuk habiskan. 70 episodes already. Hekhek.
Rare untuk aku tengok anime yang ader episode beratus nie, even One Piece pun aku tak abis tengok 1st season even aku ader 500 episodes dorg. Haaa~
Naruto?! Jauh dari impian. Memang aku minat tapi aku dah tertinggal jauh, terasa malas nak layan itu tebal bak Gunung Kinabalu. Hekhek.
Fairy Tail nie pun nyaris tak nak layan tapi lamer2 tengok, macam best, so layankan saja. ahaks. Even tak cukup episode. Pftt! Aku kene mintak dekat cousin aku sebab malas nak download.
Lagipun yang dier bagi, quality cun kot. Hekhek.






Anything else? Hurm.
Oh yea, if y'all wandering what am I done for yesterday, honestly, don't be shock.
Actually nothing had been done yesterday. Just celebrate at home like usual day without cake or anything.
Trust me. Gomen nee, Otousan, Okasan. *crying*
Next year, I promise we will celebrate it.






Move on now. ahaks.
Okie. What else, huh? Aish. I don't know what to update anymore. Fufufufu.
Haven't update on Twitter as well as Facebook since I had deactivate my Facebook's account for some silly reason but yeah, I think its worth since I have plenty of time to be waste by watching anime and Jdrama. ahaks.
See. . . how I live without those social thingy~ la la la.
Even dekat phone, aku tak logout Twitter but still... everyday, aku hanya stare dekat timeline tu. Update diri sendiri. ahaks.
So, don't expect I know nothing even I'm not there, okie? *wink*






Plus, credit phone aku pun aku malas nak topup since aku balik dari universiti. ahaks.
And yea, like I predict, no one contact me, at all. Through the sms or phone call. So, aku buat keputusan yang sangat bagus untuk tidak topup buat masa sekarang *hashtag Forever Alone patut letak waktu nie*. Hekhek.
So, for those who wanna reach me, just find me through WhatsApp, KakaoTalk or WeChat *if ya know my number or ID*.






Jyeah! That's all for now.
Check out!
Ciao!


Chapter 107

Assalamu'alaikum & Zellow peepz~
Sebenarnyer. . . sebenarnyer. . . aku memang takde mende nak update for this blog. Honestly, aku nak update tapi. . . tak tau nak update pasal pe. *blank*
Like siriusly, login then aku jadi blank. . . day-dreaming. Thinking. ahaks.






Okie. Last 2 days ago, followed my parents along with my Abang to shopping complex to bought something for dinner.
And yeah, like usually biler mana aku ternampak coffee shop, aku akan tertarik dengannyer. ahaks. Aku tak tau apsal recently aku macam addict sangat dengan latte, mocha, cappuccino dan seangkatan dengannya.
Asal nampak, mesti nak try either latte, mocha, cappuccino or anything that relate to the coffee.
Kalau tanya pasal harga, memang sekali dapat jer la kan but luckily aku jarang nampak coffee shop except coffee shop like Starbucks, Black Canyon Coffee etc.
Coffee Shop macam tu jangan cakap, bersepah alam aku jumpe dan aku hanya merasa sekali jer buat masa sekarang, itu pun dekat Starbucks.
But nasib baik Abang nak pekena pasembur, so Abah suggest to eat at MrCendol's shop, so niat untuk minum coffee dibatalkan gara-gara aku dah lamer tak pekena cendol. ahaks.
Thanks Abah!







Orait. Itu jer kot. ahaks. For now la. Aku pun tak tau nak type pasal pe dah.
Itu pun nasib baik aku nak update sebab mase tengah dok edit photo, aku teringat date arie nie. ahaks.
Nyaris lupe woo.
Wedding Anniversary parents aku. Perghhh! Nasib baik aku ingat.
Tingal 3 beradik dekat rumah, aku tak tau nak watpe untuk esok. Alahai.
It's ok. We'll think about it tomorrow. Hohoho.






Okie. Signing out now.
Ciao.