Chapter 80

Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Hari yang cerah untuk aku disini kerna tak hujan. Alhamdulillah, tetapi kalau hujan, itu sudah dikira advantage sebab sejuk.
Ok. Posting yang mungkin agak skema lagi baku diiringi dengan kesedaran dalam diri yang agak tak mendalam. InsyaAllah.






Pagi tadi, dalam pukul 4am lebih sikit, aku baru nak tidur, kira macam "take a nap" sebab aku suruh roommate aku kejut waktu Subuh.
Sebelum lelap tu, aku macam tersedar something.
Something yang sudah lama aku sepatutnya sedar sebagai seorang manusia.
Bak kata lagu Aizat, Susun Silang Kata punya lagu.

"Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri"





Cuba korg fahami dari sudut yang mungkin boleh aku gelarkan sebagai sudut Islamik.
Kenapa Islamik?
Allah SWT telah susunkan segala-galanya untuk kita sebagai hamba-Nya yang hidup diatas muka Bumi ini.
Kita sebagai hamba-Nya tercari-cari akan keredhaan-Nya dalam hidup kita sendiri secara langsung atau tidak langsung.
Allah SWT bukan umpama susun, tetapi Allah SWT sememangnya telah susun perjalanan hidup kita nie sejak kita dalam perut Ibu kita lagi.
Cuma kita, sebagai khalifah, hanya perlu mengikut jalan yang betul dalam mencari keredhaan-Nya dan semoga jalan yang kita pilih sememangnya jalan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.






Sebenarnya benda yang Allah SWT sediakan tu, dah ader kat depan kita, pokok pangkalnya sekarang, bergantung pada individu tersebut untuk menghargai, capai atau buat apa sajelah untuk mendapatkan benda tu.
Kalau tiada cinta terhadap Allah SWT, masakan kita boleh bergantung kepada-Nya, betul tak?






Segala-galanya dalam dunia ini, semuanya bergantung kepada Allah SWT.
Termasuklah sekiranya kita rasa macam tiada sesiapa untuk mengadu masalah atau perasaan.
Hah... tengok, mungkin semua orang akan mencari seseorang untuk menjadi tempat mengadu atau lebih senang digelar sebagai "pendengar setia" untuk menjadi pendengar masalah korg.
Betul tak? Admit jer la sebab aku pun sama.






Ok. Pagi tadilah aku baru sedar dari lamunan bodoh aku nie.
Aku pelik, kenapalah aku susah-payah nak cari seseorang sedangkan Allah SWT sentiasa 24 jam dengan kita semua.
Disitu sudah kelihatan betapa bodohnya aku sebab asyik tercari-cari seseorang yang mungkin boleh menjadi pendengar dikala kesunyian *puih*.
Padahal, Allah SWT sentiasa dengan aku untuk mendengar segala apa yang aku rasa.
Yang aku susah-payah nak cari seseorang tu apsal? Aduh, betapa lalainya manusia.
Macamlah seseorang yang kita cari tu takde masalah sendiri untuk diselesaikan, bak kata kawan aku, "tp sapa je pun aku nk cerita smua masalah aku. mreka pun ad msalah mreka sndri."
Ok. Trimas kepada beliau untuk statement tu, aku lambat sedar masa aku tengah tweet dengan beliau. Al-maklumlah, kesedaran itu selalunya timbul diwaktu kemuncak pabila keseorangan.






So, lepas nie, kepada sesiapa yang rasa bahawanya diri itu keseorangan, janganlah berfikir begitu kerana Allah SWT sentiasa bersama kita.
Mengadulah kepada-Nya, kerna daripada Allah SWT kita datang dan kepada Allah SWT jualah kita kembali.






Hopefully korg tak terasa dengan posting aku nie.
Ini hanya untuk kesedaran aku sendiri sebenarnya, bukan untuk buatkan orang lain terasa atau sakit hati or whatever la.
Tak nak baca, dipersilakan untuk click tanda "X" dekat sebelah hujung kanan tu hah.
Tapi dah ending baru nak click, anda sudah baca sampai habiskan? haha. Maaf la.
Signing off for now.
Adios.

Chapter 79

Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Hurm... apakah yang ingin aku update petang nie erk? ahaks.
Okie, okie. Takde mende pun sebenarnyer. haha. Aku login dalam blogspot pun sebab aku tetibe rasa ngantuk tatkala tonton drama Japan tadi. Nyaris nak tido. ahaks. Tapi abis gak ah 1 episode, tinggal 1 jer lagi nak abis.
Downloadnyer dah lamer tapi dalam 2, 3 arie nie baru aku rajin nak tengok sebab nak isi masa lapang. ahaks.






Aku sepatutnya study untuk paper yang bakal mendatang arie Rabu nie tapi end up dengan kemalasan yang melampau.
Haih. Kawan-kawan aku sumer sudah start study arie nie, tapi aku, masih didalam dunia khayalanku *tu dia aih ayat tak brape nak bombastik. rofl*.
Siriusly... aku rasa ngantuk, malas, plus mood tarak untuk memulakan Journey To The West Computer Architecture. rofl.
Plus kepala aku sudah melayang ke kampung halamanku, dimana aku rasa tersangatlah tak sabar nak balik rumah. Oh yeah! Lagi seminggu lebih jer. huhu.
Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa rindunya aku terhadap rumah *terhadap cuti sebenarnyer*.






Acap kali, Mama call, aku akan bising-bising yang aku nak balik rumah, then at one time, Mama cakap suruh future husband aku datang amik aku kalau aku nak balik cepat sangat.
Haih. Tu dia statement membunuh dari Mama. ahaks.
Mana datangnyer future husband tu, entah la. Calon pun takde lagi. Lambat lagi. hahaha.






Haih. Pe mende la aku membebel nie?! ahaks.
Adoi... tetibe rasa ngantuk aku dah hilang. hehehe.
Mungkin gara-gara tiada idea untuk membebel, then terasa kebosanan biler aku online FB yang macam hidup segan, mati tak mau. ahaks.
Plus dengan Twitter yang timelinenyer seakan-akan slow mengalahkan siput. hehehe.






Ok ah.
Aku pun kering idea nak berfalsafah bagai. hohoho.
Mau angkat kaki dulu. Take a nap for awhile maybe. rofl.
Adios.

Chapter 78

Assalamu'alaikum & Zello peepz.
Setelah tempuhi 2 paper, akhirnya aku boleh kembali menarik nafas lega yang tak brape nak panjang. ahaks.
Siriusly... 2 paper sebelum nie wat aku giler. haha. Discrete Structure lagi la, wat aku down 1 arie suntuk.
Adoi... tak best, tak best.






Aku cakap dekat Mama, better repeat dari aku dapat grade C sebab nanti wat spoil aku punyer result jer. Huhuhu.
Programming mungkin boleh handle even coding yang aku wat agak tunggang-langgang. ahaks.
Bagi 3 jam, peh... ingatkan lebih dari cukup, rupenyer tak. haha.
Jadi itulah dia coding yang aku dapat produce dalam masa yang singkat.
Soalan 1st pun dah amik masa sejam lebih, lagikan yang blakang2 punyer soalan, dimana tahap kesenangannya tersangatlah senang sampai boleh wat aku gelak besar.






Lepas abis jer paper Discrete Structure, aku balik bilik, down kejap.
Terdiam kejap la mengenangkan nasib yang dah terkantoi ngan paper Discrete tu. huhu. Sedih woo.
Then, untuk luperkan segala kekusutan yang melanda, aku on la laptop aka bf kesygan aku, layanlah The Legend of Korra.
Dan yeah, akhirnya aku dapat terima hakikat yang paper Discrete Structure telah membunuhku. hahaha.
And aku dapat habiskan cartoon tu dalam masa sehari. ahaks.






Next paper aku akan berlangsung next Wednesday.
Peh, gap sampai seminggu, geram pulak aku.
Ramai cakap untung sebab dapat study tapi tidak bagi aku.
Itu satu penyeksaan tau. Tatkala aku siap-siap nak gi dewan exam, ader manusia-manusia yang sudah menarik luggage keluar dari hostel.
Aduh! Sakitnya ati aku. ahaks. Dengki la.
Rasa nak tanyer jer, "Apsal paper korang abis awal erk?" hahaha.






Ok la.
Aku dah merepek ntah hape-hape nie.
Signing off dulu.
Adios.


p/s: Andai kata, aku tak mintak, kalaulah repeat, akan aku study elok-elok. Aku janji.

Chapter 77

Assalamu'alaikum & Zello peepz!
haha. Sudah melepasi 3 pagi and yeah, I'm still awake.
Rare? Waktu biasa saja bagiku but pe yang rare adalah... aku tengah study. haha. Rare, kan?
Sangat... rofl. Mengadap Discrete Structure since 12am kot... ntah, aku pun tak prasan jam pukul brape mase aku start bukak buku.






Aku WAJIB jugak study even aku dah rasa fed-up dengan Discrete Structure, even dah fed-up pun, at least nanti masa nak jawab exam, aku dapat la jawab soalan yang aku suker jawab. haha. Boleh erk camtu? Ntah, aku pun tak tau.
Aku dah study, jadi lebihnya hanya berserah kepada Allah SWT kerna Dia yang maha mengetahui.
InsyaAllah, aku boleh jawab paper Discrete Structure. Amin.






Walaupun 1st paper aku adalah Programming Technique but aku still study untuk Discrete Structure yang merupakan paper 2nd aku. *aduh, kau dah kenapa ngan ayat skema lagi baku nie?!*
Sebab paper Discrete Structure susah kot... untuk aku la. Math, bukan favorite subject aku since sekolah. hehe. Kalau boleh, waktu Math la aku nak hilang. hehehe.






Aik. Dah masuk tahun 2013 erk?
Tak perasan pulak aku. Ah, lantak la. hahaha.
Macam aku tweet tadi, tahun je yang berubah tapi keadaan still samer, bagi aku la. haha
Plus umur pun makin meningkat. Adoi... tua sudah aku rupenyer~ la la la. Tak kisah pun, janji jiwa masih budak-budak. rofl.






Baik. Luperkan pasal tahun baru. Hahaha.
Buat masa sekarang, aku tak rasa aku boleh tido, nak kata ngantuk ye jugak, tapi otak still mahu giat study *konon*.
So yeah, mau sambung lagi ah, sampai aku rasa otak aku dah tak boleh masuk lagi maklumat yang ader. ahaks.
Karang nak mengadap coding pulak, peh... sakit~ ahaks.






Okie. Later aku update lagi erk.
Adios.